Monday, May 27, 2019

Tommy Thomas

Febuari lalu satu kes penderaan sehingga mati seorang amah warga Indonesia Adelina Lisao oleh majikannya Mas Ambika. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung mati jika sabit kesalahan.

Malangnya pada April lalu peguan negara Tommy Thomas mengarahkan pegawai pendakwa menggugurkan pendakwaan tanpa sebarang penjelasan.

Umum mengetahui peguam negara juga menggugurkan kes rasuah menteri kewangan yang sedang berjalan. Umum juga tahu syarikat peguam negara mendapat faedah dalam proses penjualan kapal  Equanimity.

Kredibiliti peguam negara mula dipertikai apabila beliau didapati menari bersama dengan Siti Kassim yang pada masa itu masih disiasat kerana menunjukkan isyarat lucah. Akhirnya Siti Kassim bebas dari sebarang dakwaan.

Dengan sepucuk surat wakil peguam dari dari kementerian perumahan yang mewakili jabatan bomba dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib telah menarik diri.

Syazlin Mansor lantang melontarkan hujah mencari punca kematian Muhammad Adib. Dengan penarikan diri secara tidak langsung tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid, terbatal,”

Prof. Dr. Sharom antara saksi yang menyatakan kematian Adib yang dalam keterangannya sebelum ini memaklumkan yang terdapat individu menghentak mangsa (Adib) sekuat hati dengan daya lebih 3,000 Newton atau lebih daripada tiga orang sehingga menyebabkan patah pada tulang rusuk yang membawa kepada kematiannya.

Mengapa Prof Dr Shahrom Abd Wahid dipanggil memberi keterangan untuk kali kedua?

Terdapat percanggahan diantara saksi ke-24 dan ke 29.

Saksi ke-24 ialah PAKAR Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang menyangkal teori dibentangkan saksi pakar forensik lain dalam prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Semasa inkues, saksi ke-24 ini telah dimalukan oleh Syazlin Mansor dan beliau telah memberi keterangan kali ke 2.

Peguam negara cuba meletakkan catur agar kematian Adib tiada kaitan dengan 3 orang suspek yang dilepaskan dengan jaminan polis.

Inkues akan membuat rumusan berlandaskan saksi ke-24 dan saksi ke-27 iaitu kematian pegawai bomba Muhammad Adib bukan disebabkan dipukul semasa rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

No comments:

Post a Comment