Jika Daim menyarankan agar PH melupakan Najib, tapi bukan Lim Kit Siang. Beliau masih berpendapat Najib berkemampuan memusnahkan impian Dap.
Pendapat MP Iskandar Puteri memang ada asasnya. Kemana Najib pergi beliau akan dikerumuni. Oleh sebab itu PH bersungguh mendakwa Najib sekalipun kertas pendakwaan belum siap.
Tulisan beliau dalam facebook banyak mendapat reaksi positif. Kebanyakkan apa yang disuarakan oleh bekas perdana menteri sukar ditangkis oleh kerajaan.
Mengambil contoh cabaran beliau agar diadakan RCI untuk TH, Felda dan 1MDB. Kerajaan hanya memberi alasan remeh sedangkan tuduhan oleh kerajaan PH adalah sesuatu yang berat, penyelewangan berbilion dari dana awam.
Tuduhan oleh Lim Guan Eng Najib telah merompak wang pemulangan wang gst juga sudah dilupakan. Pihak polis juga tidak mengambil sebarang tindakan atas laporan polis oleh KJ.
Debat.
Lim Kit Siang telah menarik diri daripada berdebat dengan Najib dengan topik yang dipilih oleh veteren politik itu sendiri. Mungkin Lim Kit Siang beranggapan Najib tidak menyahut, tetapi sangkaan beliau meleset. Najib bersetuju tanpa syarat.
Penarikan diri daripada berdebat memalukan Lim Kit Siang. Alasan perkauman tidak boleh diterima oleh orang ramai. Jika PH beranggapan rakyat 'bodoh' atau boleh menerima apa jua alasan, itu anggapan yang silap.
Rakyat sekarang lebih terbuka dan hanya menerima politik matang.
Mengapa Lim Kit Siang Uturn?
Jika Kit Siang meneruskan debat, angka-angka tidak boleh menipu berbanding hujah politik. Jika Najib seorang kleptokrasi anak-anak siapa yang bilioner? kroni siapa yang mencetak duit?
Jika Najib seorang kleptokrasi, 9 tahun dibawah pentadbiran beliau ekonomi berkembang baik walau ketika ekonomi meleset. Sewaktu beliau memerintah rakyat tidak tahu bila ekonomi dunia sedang meleset.
Soalan Najib kepada Lim Kit Siang mudah. Ekonomi Malaysia banyak bergantung pada minyak. PH mengambil alih sewaktu harga minyak tinggi. Dimana duit hasil minyak, penjualan aset dan hasil pinjaman?
Dimana duit tersebut itu pergi ketika semua subsidi dan bantuan dimansuhkan atau dipotong?
Kenapa ketika negara serantau ekonomi berkembang kadar ekonomi kita semakin menurun ketika harga minyak naik?
Sebelum Lim Kit Siang bertanya soalan tentang intergriti, baik tengok dulu skandal terowong. Kesimpulannya biarlah Lim Kit Siang malu daripada memalukan anaknya, termasuklah anak-anak Tun.
Rosmah Mansur.
Memang benar kata Rafizi, Najib terlalu hebat untuk dijatuhkan. Jika PH mahu Najib tumbang, bukan sosok Najib disasarkan tetapi isterinya Rosmah Mansur.
Sebab itu kebanyakan isu akan berkait dengan Rosmah.
Seorang pembangkang yang bernama Najib Razak semua pemimpin PH dimalukan.
Taniah Najib.
No comments:
Post a Comment