Thursday, June 4, 2020

Isu ekonomi lebih besar berbanding jangkitan pasca covid

Penempatan dan kehidupan sosial pati sekali lagi memberi cabaran kepada kerajaan menangani covid. Seperti Singapura, lonjakan kes disana kerana pekerja asing tinggal dalam kelompok yang bersesak.

Jika hasil jangkitan kluster pasar borong dan Selangor mansion jadi ukuran, KKM mempunyai startegi untuk menangani kes pati dengan baik.

Mentaliti rakyat teruji apabila mereka duduk aman di saat situasi politik yang tidak menentu dan sekali lagi kepatuhan rakyat dengan PKP amat mempersonakan.

Jaminan kerajaan memberi bantuan dan mempunyai perancangan bersama sektor swasta memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan bersungguh mengurus negara dan hasilnya kerajaan, pasukan pencegahan dalam lapangan telah didokong oleh rakyat.

Bekalan makanan, kekurangan peralatan dan sebagainya ditangani bersama dan jika semua pihak kekal dalam kedudukan, InsyaALLAH kita akan berjaya.

Menangani covid.

Pada peringkat awal Malaysia seperti mengikuti model yang dipraktikan di UK dimana PUI atau mereka yang positif tidak bergejala mengkurantin diri di rumah dan sembuh secara kendiri.

Kerana jangkaan pemodelan yang dijangkiti dan mati tinggi, KKM telah mengubah pendekatan dan sekarang Malaysia sudah di peringkat exit plan dimana pertengahan Julai PKPB mungkin akan ditamatkan.

Secara ringkas langkah kerajaan menangani covid ialah dengan rakyat duduk dirumah, menutup sempadan, KKM berjaya meningkatkan keupayaan jumlah saringan dan membuat saringan tertumpu serta membawa PUI untuk ditempatkan di pusat kuarantin. PKPD dipraktikan bagi mematikan secara total pergerakan dalam kawasan merah.

Walaupun sektor ekonomi dibuka, kerajaan masih mengawal rentas negeri dan premis perniagaan ditutup awal untuk mengurangkan pergerakaan yang tidak sepatutnya.

Kedai tutup orang akan duduk dirumah.

Ekonomi.

Kerajaan mempunyai masalah besar untuk memulihkan ekonomi kerana kerajaan tidak mempunyai dokongan politik dari ahli politik. Situasi ini sangat merugikan rakyat dan amat menakutkan.

Pakej rangsangan perlu dilakukan melalui sumbernya bagi merancakan pelaburan awam tetapi kerajaan tidak mempunyai kuasa politik untuk berbuat demikian.

Budget 2019 dibentangkan dengan defisit RM51.8B kerana harga minyak tidak mencapai jangkaan dan memaksa kerajaan menjual aset dan berhutang.

Budget 2020 pula harga minyak disandarkan pada paras RM62 setong, berapa harga minyak sekarang? Pasca covid budget 2020 pasti mengerikan.

Covid mereset ekonomi, penawaran atau permintaan mati atau berubah. Ketika ini siapa yang mahu membeli kapal terbang atau berapa ramai yang mahu membeli kereta?

Jika kita berjaya membendung covid isu ekonomi pula membelenggu rakyat.

No comments:

Post a Comment