Saturday, June 6, 2020

Tun... tolonglah bersara.

Sebelum ini DG Kesihatan memberitahu Tan Sri Muhyiddin mengambil serius masalah covid sejurus menjadi PM. Hari ini Tun Mahathir membalas kenyataan dengan menuduh PN mahu menggantikan beliau tapi gagal.

Kalau la Tun menghormati professional mengapa beliau tidak memanggil KKM untuk memberi nasihat?

Bukankah ketika itu rakyat sudah menunjukkan kegusaran?

PRU bukan langkah terbaik kerana tidak mahu kerajaan terganggu menangani covid, kos juga tinggi untuk mengadakan pru. Ironinya dia sendiri sibuk mahu menukar kerajaan.

Isu 1 mandat rakyat. PH mendapat mandat rakyat dan sepatutnya mereka menjadi kerajaan.

Bukankah Tun sendiri yang meletak jawatan kerana hilang majoriti. Dalam demokrasi pakatan yang mendapat majoriti walau 1 kerusi dikira pemenang.

Isu 2 pengkhianat. Sebahagian daripada MP kerajaan PN menang dengan tiket PH.

Kenapa Tun terima katak umno? Di Sabah biarpun ketua Menteri sudah dilantik kenapa PH menebuk atap?

Isu 3 Riza Aziz. Tun Mahathir tiidak puashati kerana makamah membebaskan Riza Aziz kerana Riza anak Najib. Anwar tambah perisa, Riza umpama curi ayam 10 ekor bagi balik 1 ekor.

Kes Riza ketika itu AG ialah lantikan PH dan DPP yang mengendalikan kes juga penyokong PH. Jika mereka mempunyai bukti, DPP tidak akan menerima tawaran represantasi daripada Riza. Kenapa Tun tidak mempertikaikan keputusan DOJ membebaskan Riza?

Dalam kes Riza curi ayam 10 ekor dia pulangkan 15 ekor. Bab mengelirukan memang kepakaran mereka.

Melucukan bila jika PH menjadi kerajaan semula mereka akan membetulkan kerajaan. Pada Tun dia seorang sahaja yang betul walau taikun mengekori dia siang dan malam mengemis projek. Bagi Tun OFFset bukan rasuah, Najib sahaja yang mengambil rasuah walau anak-anak Tun billioner.

Ohye... Wan Azizah dapat diskaun bayar saman FELDA kenapa Tun diam?

No comments:

Post a Comment