Monday, December 7, 2020

mengharap ada sinar

Kumpulan samseng memeras kontraktor untuk dapatkan modal menjadi along. Cuci duit haram dengan buka kedai dobi, kolam pancing, ternak ikan atau telefon. Bila dah kaya sangat, jadi ahli kumpulan jerung beli saham.

Semua negara ada industri gelap seperti ini dan ia tidak akan terhapus.

Datuk Ayob antara polis yang berani tetapi sampai bilakah keberanian itu akan kekal?

Polis bermasalah hanya sekadar ditukar jabatan, ada yang tidak kena dengan prosedur ini. Maka tidak hairan bila lokap dijadikan pusat jualan benda terlarang.

Dalam satu audio viral, Dato macau scam akan terlepas dan ternyata benar. Kerana sudah menjadi pengetahuan umum, dia dan rakan dikenakan poca tetapi penjenayah kolar putih masih bebas menjadi ikon masyarakat.

Di dunia ini apa yang kau harapkan?

Buat kerja cari makan untuk keluarga dan jika ada rezeki buatlah sedekah, itu hartamu yang sebenar.

Mengelilingi kaabah 7x salah satu rukun umrah, tanpa iman ia nampak sia-sia. Alam dewasa seperti itu juga, Bangun tidur, bekerja, layan keluarga dan masyarakat di hujung minggu tanpa kita sedari kwsp boleh dikeluarkan, umur awak sudah 55 tahun.

Samada ia dirancang atau tidak, setiap 100 tahun dunia akan reset seperti sekarang. Bertabahlah, nampaknya ia lebih memeritkan bila mana negara dalam krisis politik.

Berkurun lalu alam melayu satu empayar, tetapi 100 tahun yang lalu kita sedang dijajah. Kesusahan orang terdahulu tiada teknologi, kesusahan orang sekarang berjuang dengan kos hidup.

Jika sukakan alam mistik semakin ramai yang percaya waktu ini waktu tansisi, waktu yang sukar. Jika masalah politik akan berlarutan ia menjadikan pendapat itu ada kebenaran.

Menaik, retracement dan menaik semula untuk gagah sesuatu yang positif tapi jika situasi politik seperti sekarang, sepertinya ia trend menurun seperti yang diumumkan oleh Fitch ratings. 

Teori candle chart, kita dalam bearish (menurun).

Ada empayar dan runtuh lepas itu kena jajah dan sekarang negara bermasalah. Time frame 100 tahun kita bearish dan akan menaik bila chart itu tidak melepasi snd, flat limit, QM.

PKP terpaksa dibuka kerana kewangan kita sudah tidak mampu bertahan dan sekarang bergantung plan ekonomi yang dirancang. Jika gagal tahun depan kita akan menyaksikan banyak syarikat melakukan vss.

Kita seronok mendengar cerita 1mdb, bankrupt, cincin dan skandal itu ini. Jika merasakan kita lebih baik dari dulu kita boleh bersorak, jika sebaliknya fikirkan semula siapa mendapat laba dari semua ini.

Kita baru membuat JENDELA, program menaik taraf internet. Negara lain sudah mendapat maanfaat dari pelaburan seperti ini dan angka menunjukkan kita ketinggalan berbanding negara serantau dari pelaburan dan pembangunan.

Jika tidak ada sesuatu yang drastik, hanya keajaiban yang mampu menyelamatkan kita. 

No comments:

Post a Comment