Tuesday, December 8, 2020

umno checkmate oleh Muhyiddin


Ular lidi begitu berani tapi sayang umno bukan ular tedung tetapi ular sawa yang kelaparan untuk melahap.

Mungkin perkiraan umno lebih detail, tunggu dan lihat game bersatu bagaimana. Ternyata bersatu sudah meminang Pas dan Pas seperti perempuan yang malu-malu tapi mahu.

Sudah pasti Pas sudah ada dalil untuk drama melayu ini.

Adakah umno berani sekali lagi untuk kalah setelah menghabiskan banyak masa bersama Pas.

Umno tersepit sekali lagi.

Keputusan parti perlu tepat, meninggalkan Perikatan ketika ini bukan semudah abc. Umno akan dipersalahkan bilamana kerajaan runtuh ketika covid masih tidak selesai. Dan jika membentuk kerajaan bersama PH, kesannya hingga ke anak cucu. 

Jika umno dengan jenama BN sudah pasti masa tidak menyebelahi untuk menyerlahkan watak. Jika umno lemah pasti parti gabungan akan lari membawa diri.

Bersatu parti licik.

PN disambut baik rakyat kerana semangat MN begitu kuat. Bersatu hanya menumpang tuah, orang yang menebas lalang dia yang mengambil hasil.

Pilihan yang ada pada umno, melangkah dengan risiko rugi total, rugi separuh atau untung sedikit dengan menumpang kasih.

Hanya mereka yang ada dalam siri perbincangan boleh mengesahkan, samada Muhyiddin berjanji bersepakat atau tidak pernah berjanji.

Jika Muhyiddin tidak berjanji, mengapa Zahid membawa umno ke dalam jurang yang lebih dalam.

No comments:

Post a Comment