Wednesday, December 9, 2020

rakyat merintih, dimana suara Pas

Ramai yang mahukan pengeluaran kwsp, ini realiti kehidupan dibawah.

Agak aneh bilamana tidak kedengaran pemimpin Pas membawa isu ini, malah MP Pasir Mas ia umpama hikayat puteri gunung ledang.

Selama ini mereka begitu vokal tapi setelah menjadi kerajaan, krik krik.

Mungkin mereka sibuk mengurus negara, mesyuarat siang malam atau seperti yang dikatakan oleh timbalan presiden, " mereka sudah menjadi kerajaan, suara mereka di dalam dan bukan di jalanan.".

"Menjadi pembangkang mudah, suruh kerajaan buat itu ini, bilamana menjadi kerajaan tidak mudah seperti mana pembangkang". Kenyataan timbalan presiden apabila ditanya bila ruu 355 akan dibahaskan.

Berbanding dengan parti lain, Pas beruntung kerana ahlinya wala, no question asked. 

Umno tidak bermuzakarah di Perak, main reason why Pas reject menteri besar dari umno. Di Terengganu hubungan Pas tidaklah seintim mana, namun dua parti ini masih berkerjasama. 

Sesuatu hubungan jika mencari alasan demi alasan, itu tandanya mereka sudah tidak ada hati. Umno cuba memujuk Pas, sepertinya Pas lebih berminat untuk membina kerjasama yang lebih kuat bersama Bersatu.

Muhyiddin menyerang umno bila digertak dengan isu sokongan bersyarat dengan meletakkan moratorium dan pengeluaran kwsp, sementara Pas menyokong penuh.

Adakah syarat itu keterlaluan?

Pas mahu membuat kerjasama dengan siapapun adalah hak mereka. Apa yang dikesalkan ialah ketika rakyat memerlukan dokongan, survival politik diutamakan rakyat dipinggirkan.

Sebelum keluar hadis, sirah zaman khalifah dari mereka, lebih baik fikirkan periuk nasi sendiri. Tidak sependapat bukan memusuhi pemimpin tapi bila pemimpin sudah bisu kerana jawatan, berfikirlah dengan akal waras, politik itu hanya manipulasi.

No comments:

Post a Comment