Najib hanya menyindir sinis tapi seperti biasa orang tua ini akan pusing cerita 1mdb.
Skandal video Lingam dan pendedahan TT sepatutnya menjadi perkara penting yang perlu diambil berat oleh rakyat. Mengharap orang politik untuk memperbaiki, memang tidak mungkin.
Pembaharuan badan kehakiman antara manifesto PH, tapi bila berkuasa perkara sama berulang. Janji sekadar janji kerana kecurangan itu dibuat oleh orang yang sama.
Percaya ke apa yang Mahathir katakan?
Walaupun sudah senja orang tua ini masih tidak berubah. Pru yang lalu berjanji memperbaiki kerosakan yang dibuatnya, tapi apa yang dilakukan hanya menyambung legasinya.
Bila badan kehakiman dan perundangan korup apakah ada lagi keadilan?
Perpindahan hakim bukan satu kejanggalan tapi bila hakim kurang berpengalaman ditukarkan untuk menghakimi kes besar bukankah janggal?
Menjadi tanda tanya, bilamana penghakiman selesai dia ditukarkan semula di jabatan lama.
Jika skandal Ahmad Firuz menjadi iktibar, perkara sama juga boleh berulang kepada hakim Mohd Nazlan.
Walaupun Mahathir mengubah landskap negara, pentadbirannya penuh dengan kontroversi.

No comments:
Post a Comment