Satu persoalan yang menjadi tanda tanya kenapa Najib menggunakan namanya untuk menyimpan dana src dan 1mdb.
Jika dia berniat mahu menggelapkan wang kenapa duit itu perlu diperhabiskan dengan misi bantuan? Fidel Ramos rampok duit rakyat Filipina, dia biarkan rakyatnya susah. Bila dah susah, rakyat tiada masa untuk berpolitik.
Kenapa duit haram dibawa masuk melalui bank negara sedangkan ia lebih selamat menyiman di swiss bank atau bank persisir?
Perbicaraan 1mdb juga mengesahkan Najib ada memaklumkan kepada anggota kabinet bahawa dia menerima dana luar, kalau nak songlap kenapa harus memaklumkan dalam kolam jerung?.
Boleh pula menyarankan para menterinya untuk kuat bekerja bagi membantu rakyat. Sebab itu juga Najib menubuhkan Yayasan 1MDB.
Skandal ini melibatkan banyak orang termasuk pengumpul dana Trump dan syarikat pelaburan antarabangsa goldman sachs.
Najib melantik goldman sachs kerana kredibiliti dan kemampuan syarikat ini menjamin pelaburan. Kalau nak songlap, kenapa harus membayar syarikat ini agar pinjaman / pelaburan ini selamat?
Mudah ke untuk kita menipu syarikat insurans untuk mendapat pampasan.?
Putera Arab.
Perompak memulangkan semula wang rompakan, tidak pelikkah?
Ramai yang tidak percaya Najib memulangkan semula wang rompakan kerana putera arab tidak pernah wujud.
SPRM telah menghantar penyiasat dan mengakui ada putera arab yang mengakui dia menderma.
Putera arab yang dimaksudkan ialah Putera Abdul Aziz dan sosok ini tidak diperakui oleh kerajaan kerana tidak menunjukkan bukti (dokumen) walaupun dia mengakui ada menderma.
Ini sop penyiasatan, tidak bermakna dia menipu. Putera arab dituduh membunuh, siapa berani menyiasat?
Putera Arab Saudi, bukan sewenang-wenangnya untuk menurunkan tandatangan, dapat berjumpa pun sudah dikira baik.
Kau siapa dimata putera arab saudi?
Hutang 1mDB.
Kerajaan harus membayar keseluruhan pinjaman RM50.5 billion, hutang prinsipal RM32 bilion dan ada yang kata RM36 billion. Mungkin bergantung kepada pertukaran wang asing kerana nilai ringgit susut dibawah PH.
Siapa yang tahu nilai sebenar (prisipal) jumlah kerugian 1mdb setelah dirompak oleh Najib.?
Untuk menyedapkan cerita Najib merompak RM50.5 billion atau Najib membuat hutang negara dengan jumlah tersebut.
Dengan jumlah penyelesaian ini dan wang yang diterima oleh Malaysia dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, lebih dari AS$4.5 bilion akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia. ( Tengku Zafrul)
Baki hutang 1mdb ialah RM41.36 dan kerajaan akan mendapat pampasan dari Goldman Sachs dan DOJ sekitar RM19 bilion.
Jika ditolak dengan dapatan aset, baki hutang hanya sekitar RM20 billion, besar sangatkah nilai itu?
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan baki komitmen hutang 1MDB setakat 15 Julai 2020 adalah sebanyak RM41.36 bilion, dengan komitmen pembayaran faedah tahunan kira-kira RM1.7 bilion sehingga 2022.
Jika PH boleh berhutang beratus billion dalam masa 2 tahun, apalah sangat dengan RM20 billion.
Ada suara sinis akan berkata begini, "RM20 billion itu banyak, berapa banyak projek rakyat boleh dibuat?"
RM20 billion itu cuba tolak dengan kos projek yang dibuat oleh 1mdb? Kau ingat projek mega dibuat dengan air liur?
Guan Eng sendiri memuji projek TRX dan Iskandar Malaysia kerana membawa pulangan puluhan billion kepada kerajaan, ini tidak termasuk kos membina lapangan subang dan projek di LBJ, apa yang rugi sangat dengan 1mdb?.
Dalam bahasa mudah, nilai aset 1MDB sudah RM42 billion, apa yang rugi?
Yang nampak rugi ialah duit jadi duit. 1mdb sepatut dapat banyak duit jika dikembangkan. Mungkin Najib beranggapan, kerajaan sudah dapat apa yang sepatutnya (sudah untung) dan jika berlaku kehilangan, goldman sachs akan bertanggungjawab untuk membayar seperti hari ini.
Pada pandangan beliau, kerajaan tidak rugi apa pun kerana dengan nilai pelaburan dan membebaskan TNB dan cengkaman IPP itu untung pada kerajaan sudah beratus billion.
Adakah tahun 2039 pendapatan kerajaan masih seperti sekarang?
Pada pandangan Najib pada tahun 2039 kerajaan sudah menjadi negara kaya, meskipun perlu membayar RM50 billion kerajaan ada kemampuan.
Pentadbiran PH.
Guan Eng (PH) menjadikan hutang 1MDB penyebab kenapa PH tidak boleh membantu rakyat dan mereka harus mengingat perut.
Dalam 2 tahun PH hanya membayar RM4.5 billion tapi pada masa yang sama PH membuat hutang beratus billion dan ini tidak termasuk wang Petronas RM80 billion dan penjualan aset.
Dengan wang Petronas sahaja hutang 1mdb boleh dilangsaikan, tapi apa yang mereka katakan pada rakyat,? mereka canang hutang 1 trillion.
PH ternyata gagal mengurus ekonomi dan kewangan kerajaan. Jika hutang 1MDB membuat projek dijadikan burden, adakah bangunan Putrajaya itu percuma?
Najib sedang diadili, biarlah dia membersihkan namanya. Bersalah atau tidak biar hakim yang menentukan.
Perbicaraan ini lebih adil jika ada Jho Low, kenyataan bukan dari anggapan pada pihak ketiga.
No comments:
Post a Comment