Sunday, February 14, 2021

Najib memang bijak mengurus ekonomi

Ini satu initiatif kerajaan yang baik. Namun hanya disediakan dalam Bahasa Inggeris sahaja buat masa ini. Najib.
Jarang orang politik memuji seteru mereka, sememangnya Najib berjiwa besar. Walaupun beliau kalah dalam pembelaan SRC, Robinhood tetapi dikenang sebagai hero rakyat.

Tidak salah aku menghormatinya, dalam buruk lebih banyak kebaikan yang dibuat dari tangannya.

Ramai dikalangan kita anak masuk sekolah, mendapatkan kerja, dapatkan projek dengan menggunakan kabel, ia dianggap remeh walhal inilah ciri orang munafik. Tuduh orang seleweng tapi diri sendiri bobrok.

Ekonomi.

Pentadbiran Najib berorentasikan ekonomi bukan politik, dia belajar dan dia implementkan dalam pentadbirannya.

Dalam satu video seorang pemimpin pembangkang mengesyorkan, jika mahu Najib jatuh kena serang Rosmah.

Politik kebencian dan fitnah dan aku sendiri teruji untuk mencari kebenaran.

Walaupun tidak menggemari ekonominya tapi dari kaya untuk menjadi lebih kaya melalui pelaburan saham atau penguasaan syarikat seseorang akan menjadi kaya dalam masa yang singkat.

Sebab itu ranking orang kaya didunia cepat berubah berbanding dahulu.

Singapore, Arab Saudi banyak melabur di luar negara, tapi Najib melakukan pelaburan dalam negara bagi merakyatkan ekonomi rakyat. Pelaburan dalam pembangunan dibuat secara holistik dan mengikut kemampuan, sebab itu walaupun kerajaan terpaksa membayar 1MDB berbillion kerajaan masih dalam kemampuan membayar.

Ahli ekonomi dan pemimpin dunia secara diam-diam membicarakan polisi ekonominya, bagaimana Malaysia boleh berkembang baik dikala banyak negara dalam struggle, apa rahsianya.

Belum ada yang menyangkal kenyatan Najib Siltera dari rugi menjadi untung dan akhirnya dijual.

Sebelum ini banyak digembar gemburkan pelaburan rugi, walhal kaunter untung mengatasi kaunter rugi.

Ramai dari kita pakar ekonomi jadian, mereka mahu hari ini beli tanah 10 ekar tahun depan boleh hasilkan 30K sebulan. Mereka tidak mengambil kira average pelaburan, sektor mana yang masih muda dan matang. 

Di kedai kopi sembang dia champion, walhal kalau bukan Najib naikan gaji dia tidak merasa memandu Honda.

Ekonomi terlalu kompleks untuk dibicarakan, sebab itu tidak menyentuh secara dalam pendekatan ekonomi Najib, sambil lalu boleh la kot.

GST.

Perlaksanaan GST kerana Najib tahu ekonomi gelap yang terlalu besar, lalu dengan gst dia umpama membiak dan menjala semula.

BRIM menggerakkan ekonomi dan gst umpama jala untuk mengutip hasil. Oleh kerana ramai peniaga sebelum ini culas membayar cukai maka golongan ini menanam kebencian kepada rakyat kerana dengan cukai gst amat sukar dimanipulasi.

Akhirnya gst dimansuhkan.

Gst menjadi pendapatan tambahan dan menolak kebergantungan kepada hasil minyak, kerana dia tahu jika harga minyak jatuh seperti sekarang, negara akan terduduk. 

Hutang semakin tinggi, Najib disalahkan.

Mereka ini gaji RM1500 bayar kereta RM500 masih bersembang soal hutang negara, walhal dari pandangan pengurusan ekonomi ia pelaburan yang gagal.

Mengapa gagal?

Dahlah 1/3 daripada gaji untuk membayar ansuran kereta, susut nilai akan menambahkan peratus kerugian sedangkan Najib berhutang untuk membuat pelaburan.

Untuk difahami lebih mudah, Najib beli untuk disewakan, cukup 2 tahun dia mampu beli 1 kereta lagi bagii menambahkan hasil. Dari berhutang dapat aset untuk menjana wang.

Jika pengurusan bagus dalam 5 tahun Najib ada sudah 5 buah kereta sewa kerana bank sudah memberi pinjaman. Dalam masa 10 tahun tidak mustahil Najib boleh membeli bas dan dalam masa 20 tahun Najib sudah ada syarikat transport, kereta, bas dan lori.

Serangan politik akan melihat, bas najib rosak tepi jalan walhal yang rosak hanya sebuah yang beroperasi 9 buah bas.

Era perindustrian untuk gain pengeluaran tapi era pelaburan ekuiti lebih berkuasa kerana menguasai perindustrian yang dasaskan oleh orang lain. 

Elon Musk menjadi idola kerana menjadi super kaya dalam sekelip mata ironinya banyak tabungan negara penuh Najib mendapat makian, so sad.

No comments:

Post a Comment