Pemikiran rasional.
Jika umno menerima Mahathir aku menyokong dia?
Maaf, aku hanya penyokong dasar kebaikan, bukan parti atau pemimpin. Jika bukan ahli umno lebih baik diam, menerima atau menolak itu hak parti.
Maaf, aku hanya penyokong dasar kebaikan, bukan parti atau pemimpin. Jika bukan ahli umno lebih baik diam, menerima atau menolak itu hak parti.
Mulut menolak kroni, rasuah dan menuntut good governance dalam pentadbiran kerajaan. Buang umno ganti parti baru kerana umno korup.
Pelik tapi inilah kenyataan, lantik orang yang sama asal bukan parti umno.
Bila keluar umno dia kata 60 tahun apa umno buat, waduh.! Soalan apakah ini, sendiri berak tuduh orang berak merata.
Skandal forex, umno yang buat bukan Mahathir. Begitu juga kerugian Perwaja dan Bank Bumiputera, umno yang salah bukan bekas pemimpin umno. Tukar parti jadi PM semula, ulang perkara yang sama juga.
Rina Harun tidak perform jadi menteri, siapa yang mengangkat dia menjadi MP dan menteri? Dulu kau puja sekarang kau hambat.
Muhyiddin, Azmin, Zuraida dikecam kerana khianat, mereka jadi menteri kecewa yang kau dapat.
Secara logik, mampukah gaji seorang seorang Adun membantu orang rakyat?
Ah Long bagi dana kempen YB, bila dah menang kawasan itu penuh dengan syarikat pinjaman kredit. Bila banyak ancaman, yang salah 100% penjawat awam tidak jalan tugas, walhal tangan ahli majlis ganggu tugas.
Sila bagi kami kerajaan, kami akan hapuskan judi. Bila dah jadi kerajaan sama juga seperti janji tutup kilang arak.
Hakikatnya kita tidak akan rasional dalam politik, walaupun berkali-kali ditipu kita akan aggap pemimpin kita 100% jujur.


No comments:
Post a Comment