Sunday, February 21, 2021

ganja bukan heroin atau syabu

Pernah dengar orang mati hisap ganja, kanabis?

Mati sebab hisap ganja tidak ada, mati dipengaruhi dadah iye.

Ganja tergolong dalam akta dadah 39B 1952 yang mana mereka yang memiliki dibawah 50 gram akan dikenakan penjara 10 tahun dan melebihi 200 gram jika disabitkan kesalahan gantung sampai mati.

Walaupun banyak pindaan pada 39B 1952, hakikatnya akta ini dibuat oleh British melalui Ordinan Dadah 1952.

Walaupun terdapat perbezaan dari segi kesan dan maanfaat, ganja dkelaskan dalam tategori dadah.

Menyerang atau membunuh berpunca dari dadah jenis sintetik kerana bahan kimia dalam dadah telah merosakan saraf otak.

Heroin ialah dadah sintetik klassik sebelum ia berkembang menjadi pil kuda, syabu, ice yang boleh diporses dalam kondo. 

Ganja tidak memberi kesan seperti dadah sintetik. 

Ganja mengkhayalkan atau tidak secara peribadi aku tidak berpengalaman walau sekali. Dari pengalaman orang, ganja memberi ketenangan (cool) fikiran kita, pening kepada mereka yang pertama kali dan tidak sedar diri apabila ia overdos.

Biasanya penagih ganja hanya mengambil mengikut kesperluan, kes yang melibatkan pengambilan overdos adalah panagih dadah sintetik menjadikan ganja sebagai alternatif. 

Overdose disebabkan penagih dadah sintetik mahukan ganja bertindak seperti dadah sintetik, hakikatnya ganja tidak boleh 'high' seperti dadah.

Hari-hari telan panadol boleh mati, makan pil tidur melebihi dos juga boleh membawa mati. Kenapa ubat ini tidak diharamkan?

Ganja diburukkan kerana dikelaskan sebagai dadah, kalau tidak silap saya penggunaan ganja dalam masyarakat masih meluas era 80an. Mereka penagih, tetapi tidak membawa mudarat.

Penagih dadah yang kurus kering dan menghidap hiv ialah heroin, maaf penagihganja tidak sebegitu. Rata-rata lelaki melayu at least pernah sekali merasa ganja. Ini fakta.

Kita harus memerangi dadah, tapi dadah sintetik.

Keburukan Dadah Ganja.

Ganja diharamkan kerana ia dalam kategori dadah walhal secara akademik banyak maanfaat dari ganja berbanding dengan keburukan. 

Cuba senaraikan apa keburukan ganja? 
Hasil kajian saintifik turut membuktikan kemusnahan terhadap manusia berlaku akibat penyalahgunaan marijuana. Selain penyakit ketagihan dan kemusnahan institusi keluarga, penyalahgunaan marijuana menyebabkan kelahiran bayi pramatang, pencapaian neuro kognitif yang lemah, penurunan IQ, masalah kesihatan mental, penyakit kanser dan pelbagai kesan buruk terhadap kesihatan.
Isunya penyalahgunaan bukan ganja itu membawa mudarat,

Analoginya begini, semua perdana menteri banyak menggunakan kuasa vetonya, kenapa tidak mansuhkan jawatan perdana menteri?

Penyalahgunaan ganja perlu dibahaskan semula secara akademik kerana maanfaatnya dalam bidang perubatan amat besar. 

Ketum sudah senasib dengan ganja walhal sebelum ini ketum di negeri sebelah utara dijadikan minuman tenaga dan celik mata apabila ada kenduri kendara. Negeri sebelah selatan, mereka sebenarnya tidak minum ketum. 

Keputusan kerajaan meletakkan ketum dibawah akta racun, seluruh negara menganggap ketum sebagai dadah walhal ketum membawa maanfaat. Hanya segelintir pegawai membuat keputusan, habis binasa anugerah Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) untuk umat.

Mahathir semasa PM melihat kes Dr. Ganja unik dan mahu kes itu dilihat secara mikro, lalu pendakwa mengubah pendakwaan kepada memiliki bukan mengedar, dia hanya perlu menjalani hukuman rotan kerana dia sudah dipenjara melebihi 5 tahun. (hukuman 5 tahun jalan serentak).

Keputusan Mahathir memang tepat, tetapi dari satu sudut keputusan PM itu melebihi akta. Bukankah sebaiknya akta sebesar ini dipinda agar penggunaan ganja itu sendiri dapat dimaanfaatkan.

Dr. Ganja telah membuktikan kajiannya melalui cannabist oil (cbd) dapat merawat banyak penyakit.  Secara senyap dia dapat merawat 800 orang pelbagai genre penyakit.

Hanya kerana dia tidak bertauliah dalam kajian dan ganja haram dia mendapat hukuman gantung sampai mati. Nasib baik PM pada masa itu tidak terlepas pandang, jika tidak seorang yang tidak bersalah terpaksa mati kerana undang-undang yang tidak ada pertimbangan.

Jika kerajaan tidak mahu membenarkan sebagai ganja rekreasi sekurang-kurangnya ganja perlu diperluaskan dalam kajian untuk perubatan.

Ada kemungkinan jika cbd oil diperluaskan banyak penyakit boleh dikurangkan lalu industri farmasi dan perubatan boleh runtuh. Nilai industri ini bernilai trillion, sudah pasti kapatalis akan mempertahankan industri ini.

Hakikatnya ketum yang satu ketika dahulu ubat sekarang diharamkan, ubat sintetik yang diketahui memberi kesan sampingan dihalalkan, jika belacan boleh menjadi emas tidak mustahil belacan juga diharamkan.

No comments:

Post a Comment