Sunday, February 21, 2021

Seksyen 114A pembunuh demokrasi

Kebebasan media hilang bila Mkini didenda 500K. 

Pindaan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) telah diluluskan 18 April 2012 dan berkuatkuasa 31 Julai 2012.Pindaan Akta 56 itu telah dilakukan dengan penambahan Seksyen 114A yang bertajuk "Andaian Fakta dalam Penerbitan".

Kenapa pemimpin BN kecewa dengan keputusan makamah sedangkan akta itu digubal oleh mereka. Menteri PH KKMM Gobind Sigh Deo juga pernah menggertak media untuk menggunakan akta ini kepada pengendali portal.

Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan dengan proses prosiding, mengapa AG menggunakan akta itu, itu adalah budi bicara dia sebagai AG.

Adakah mereka bersalah sedangkan mereka berkerja mengikut apa yang diputuskan oleh eksekutif?

Akta itu digubal sewaktu era kebangkitan Facebook dan blog. Kemungkinan BN mahu melumpuhkan aktiviti serangan / buli siber terhadap mereka, oleh yang demikian pembangkang menentang kerana media maya adalah medium terbaik bagi mereka.

Jika PH jujur dalam dalam membentuk Malaysia yang dinamik, mengapa mereka tidak menghapuskan seksyen 114A malah menteri komunikasi mereka pernah mengancam untuk mengenakan tindakan kepada pengendali portal?

Sebagai seorang blogger, akta ini tidak adil kerana ia menganiaya pengendali kerana banyak lagi akta boleh digunakan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) jika pengendali membuat kesalahan.

Berbanding dengan akta komunikasi yang lain, Akta 56 Seksyen 114A boleh digunakan kepada kerajaan untuk mendakwa pengendali portal hanya kerana komentar yang ditulis oleh pembaca.

Mampukah pengendali mengendalikan komen berpuluh ribu?

Hakikatnya setiap orang perlu bertanggunjawab atas apa yang mereka buat, bukan orang lain makan nangka, orang lain mendapat getahnya.

No comments:

Post a Comment