Sunday, March 7, 2021

Bersatu parti penunggang

“Buktikan setiakawan dengan menjadi kawan yang setia. Kita telah tekad untuk membina penyatuan ummah, mari kita buktikan"- Tuan Ibrahim

Dalam konteks penyatuan ummah, PN memang terbaik tapi dalam konteks berparti, Bersatu dan Pas mendapat banyak kelebihan, umno jadi lauk.

Dalam konteks ekonomi dan dasar, PN hanya so so...

Apa jua alasan ahli umno tidak ada keperluan menyokong parti menyertai PN kerana Bersatu sarat dengan politik peribadi dan kepentingan parti. 

Jika disebabkan hanya mahu menang pru, lebih baik menjadi ahli parti pemerintah. Dengan parti pemerintah, parti baru tumbuh bulu sudah mampu untuk membeli MP puluhan juta.

Parti tidak ada aset, tapi mampu bermewah.

Macam inilah, seburuk-buruk Najib, hanya Lim Guan Eng dituduh menerima rasuah. Sebaik-baik Muhyiddin, pemimpin umno yang tidak tunduk sahaja menghadapi pendakwaan. 

Jurus politik Mahathir, siapa lompat akan dapat jawatan, siapa melawan terima akibat. Sebagai rakyat inikah perubahan yang kita mahukan? 

Perikatan Nasional.

Amat wajar semua parti komponen yang membentuk Kerajaan PN memberi fokus bagi membantu rakyat dalam situasi yang penuh mencabar ini.

Bantuan BPN ialah bantuan baru, tapi ia bersifat sementara. Selain BPN apa bantuan yang dibanggakan? Kalau PN hebat dengan bantuan, penerima BPN akan menerima bantuan persekolahan RM500 dan RM300, sebagai contoh. 

Ada ke bantuan super dari PN? Sekolah dah dibuka, laptop tak nampak bayang lagi.

Kalau bukan IBR yang dilakukan oleh Najib, bantuan perihatin elektrik tidak mungkin dilaksanakan. Dasar intenet murah juga dimulakan oleh Najib, menteri PH hanya silang panggung ambil gaji.

Bercakap dengan lebai politik meletihkan, dia mahu kita angguk dan dihormati walau kerja tak jalan. Tapi sebab ahli partinya tukang angguk, Pas kalis kecaman dalaman. 

Startegi politik Bersatu.

Keahlian Bersatu dibuka semua kaum kerana ahli umno tidak melompat walaupun Bersatu sudah menjadi kerajaan.

Hal ini sebenarnya merisaukan Bersatu.

PKR kekal kukuh dengan kepelbagaian kaum dan mereka boleh menembusi mana-mana kerusi parlimen. Situasi ini menjadi aspirasi Bersatu untuk kekal relevan.

Setelah gagal 5 prk, Bersatu mengambil keputusan keluar daripada PH kerana banyak sebab. Pertama, nyawa parti bergantung dengan status jawatan Mahathir. 

Kedua, gabungan MN/BN pasti akan menang pru akan datang.

Apa Bersatu perlu buat?

Bersatu perlu bersama MN, mereka perlu menyakinkan Pas tapi perlu membunuh umno. Antara langkah awal menteri umno dari kalangan orang Muhyiddin sementara Pas dari kepimpinan parti.

Menteri umno akan melompat dan Pas akan meninggalkan MN. Langkah awal untuk melemahkan umno dan sudah terjadi. Umno sudah terbelah dua, BN sudah retak seribu.

Walaupun keputusan Pas bergantung kepada presiden, situasi umno dan BN akan dijadikan sebab untuk Pas meninggalkan umno. Walhal, pak aji sudah selesa dengan jawatan.

Selepas menjadi kerajaan, ada dengar Pak Aji bersyarah tentang perjuangan rakyat?

Semua sektor sudah dibuka, ada dengar Pak Aji mengusulkan agar dewan rakyat dibuka? Ada tapi menterinya memaklumkan MP ramai yang sudah tua, bahaya bersidang.

Kalau Pas menjadi pembangkang, hui kalah pejuang akhir zaman.

Pru, Bersatu dan Pas.

Pru akan datang, kerusi Pas diwakili Pas, jika tiada rakan politik selain Gerakan, Bersatu akan mendominasi kerusi. Bersatu akan menunggang Pas. Ini pasti.

Bolehkah PN (Bersatu Pas Gerakan) menang pru.

Tanpa umno, PN belum tentu boleh menang kerana Bersatu kurang sokongan rakyat. Jika ada pertambahan sokongan ianya boleh diseimbangkan dengan undi yang diperolehi pru sebelum ini.

Kerusi Gombak, mungkin 50-50.

Jika terjadinya 3 penjuru, tidak ada pihak boleh menang pru. Setiap parti ada kerusi tradisi masing-masing. Situasinya mungkin akan berbalik kepada kemelut politik sebelum ini untuk membentuk kerajaan.

Jika ada penjajaran politik, seperti PH berkerjasama dengan umno, ada kemungkinan jajaran ini akan menjadi kerajaan.

Kempen.

Umno tidak keluar kerajaan / flip flop tindakan ini sebenarnya cermat. Jika umno menarik sokongan ketika covid, pasti umno akan mendapat kecaman rakyat. Jadi keputusan sokongan sehingga parlimen dibubarkan adalah tindakan bijak.

Bila umno mengenakan syarat sokongan bajet tempohari, atas arahan mpt Bersatu umno diserang bertubi-tubi oleh budak Jkom. Keputusan ini tidak memberi kesan, sebaliknya menambah sokongan kepada Najib.

Teruk juga Muhyiddin dikecam, susut teruk sokongan kepada Muhyiddin sekarang ini.

Jadi, akan datang kempen PN akan diarahkan dengan bantuan-bantuan dan kebaikan mereka. Nanti kita akan nampak Pak Lebai membuat kerja.

Mungkin ada orang umno yang menyokong PN, tapi lebih ramai orang umno akan kembali menyokong BN. Cuma di Sabah dan Sarawak situasinya berbeza tapi Sarawak agak mudah kerana GRS sebenarnya lebih pro BN dengan syarat umno tidak bertanding di sana.

Hakikatnya, MN bersama mereka pasti akan menang, PN + Umno akan menang bergaya tapi jika PN vs PH vs BN bergantung pada nasib. Tapi kalau PN vs PH plus BN gabungan ini hanya meninggalkan Pas di Kelantan.

Terpulang kepada penjajaran politik akan datang, politik Malaysia dinamik.

No comments:

Post a Comment