Wednesday, March 10, 2021

Ahli umno

Pembaca utusan dari kalangan pro umno maka sesuai sangat utusan mendapat agihan dana Jkom. Setiap hari akan ada artikel dari broker atau katak menyerang presiden umno.

Kalau kau ahli umno bodoh sangat jika percaya cakap si katak umno, Shahidan mengampu dapat jawatan, kau menyokong umno untuk Shahidan atau jawatan Anuar Musa.

Gang Tun Faisal juga kenyang, duit Najib dia sebat duit Muhyiddin pun dia dapat.
Zahid bukan presiden terbaik tapi kerana dia wujud kerajaan PN. Kalau dia tidak setuju membenarkan MP umno menyokong umno PN tidak akan wujud.

Sekalipun Tok Mat dilantik menjadi presiden, selagi umno tidak tunduk dengan bersatu, hari-hari Tok Mat akan dikecam. 

Ramai menteri dari Johor, banyak projek diturunkan di Kelantan disebabkan menteri Pas dan umno dari negeri ini, negeri-negeri lain dipinggirkan. 

Kalau aku orang Perak, sebab apa untuk sokong PN? Perpaduan ummah?

ha ha ha.....

Jadikan Islam modal politik sedangkan Islam itu panduan hidup bukan barang dagangan.

Perdana Menteri ialah jawatan rakyat Malaysia, kekayaan perlu diagihkan bukan untuk merasuah MP mengekalkan kuasa.


Kalaulah yang memberi jawatan ini Najib, agaknya apa kata pemimpin Pas sebelum pru 14?

No comments:

Post a Comment