Sunday, April 11, 2021

umno

Jika pemilihan diadakan pada Jun, ada kemungkinan Mail Sabri akan lead team menteri. Jika team ini kalah dalam pemilihan mereka akan melompat ke Bersatu.

Ia antara sebab mengapa team ini mendesak presiden mengadakan pemilihan sebelum pru.

Jika ahli umno memilih team menteri sebagai pemimpin, apa nak dikata.

Team ini banyak duit dan jawatan, untuk menidakan peluang mereka menang tidak boleh diketepikan. Jika Muhyiddin sponsor team ini kelabu juga mata perwakilan.

Hishamuddin lari dalam perjuangan, adakah ahli umno mahu mengangkat pemimpin seperti ini?

Rakaman clear, mustahil Anwar atau Zahid sendiri yang merakam. Fikirkan sendiri apa akan jadi jika kerajaan ini terus memerintah. Dia akan berbuat apa sahaja untuk menghalalkan cara.

Jika umno bersama PN, kerusinya akan semakin sikit dan sudah pasti suaranya seperti burung tiong. Perwakilan akan melalak dalam pemilihan ia umpama anjing menyalak bukit. Lama ke lamaan bila suaranya lemah umno terkubur tapi kitol seperti ular sawa kekenyangan.

KJ memang ada karisma tapi untuk kebaikan dirinya. Jika diangkat sebagai PM, orang yang maskulin belum tentu nafsunya lurus.

Ia bukan sex, tapi secara kiasan dalam konteks negara belum tentu dia bermaanfaat kepada rakyat.

Apa bukti kerajaan PN terbaik?

Level Muhyiddin bukan PM, dia bukan pemimpin energetic dalam ekonomi, bakatnya hanya untuk membelit. Dia orang lama dalam umno tapi penyokongnya boleh dibilang dengan jari. Jika bukan sokongan Mahathir, TPM pun dia tidak merasa.

Jika umno memilih bersatu sebagai kawan bersedialah untuk dimakan, jika umno bersama PKR prinsip Anwar tegas. 

Jika UMNO boleh membuat penjajaran dalam kerajaan PN, mengapa Umno tidak boleh menjalankan penjajaran politik dengan PKR sedangkan terbukti Anwar tidak pernah makan kawan?

No comments:

Post a Comment