Wednesday, March 17, 2021

ke mana arah umno

Ahli umno tidak ada masalah bersama Pas kerana secara amnya mereka tidak mengecam Pas keterlaluan, sebaliknya ahli Pas janggal menerima umno kerana sebelum ini mereka bersungguh mengkafirkan umno.

Jika terjadi Umno berkerjasama dengan Dap, ahli Umno akan rimas seperti mana ahli Pas menerima Umno.

Kemana Zahid akan membawa Umno?.

Umno memilih menang atau terus kekal relevan, ini perkara pokok.

Hidup Umno akan tahap 4 jika bersama PN dan amat mustahil PH boleh menewaskan gabungan parti ini pada pru.

Sepatutnya kemenangan akan menjadi jamu tapi kenapa menjadi toksik?

Bersatu akan menyantau Umno dan perlahan-lahan umno akan KO.

Seperti sekarang, hidup serumah tapi makanan ditabur racun.

Umno PH.

Jika umno memilih PH, blok ini ada sedikit advantage untuk menang, 60/40 dan umno boleh terus bernafas walau dalam lumpur.

Jika sekarang dibawah telunjuk Muhyiddin nafas umno tersekat, tidak menjadi sebab kenapa umno tidak boleh memilih jalan ini.

Muhyiddin sudah tua tapi dengan katak² umno sekarang dan akan datang, Azmin pasti abang besar. Jadi pengganti Muhyiddin samada Azmin atau Hishamuddin dan nama Kj akan menyelinap dalam nama besar ini.

Anuar Musa dapat jawatan menteri kanan dia dah senyum, Shahidan dapat menteri wanita itu lebih baik dari pengerusi glc.

Jadi, Najib hanya menjadi tunggul umno, itupun jika tidak ke Sungai Buloh.

Strategi sulit.

Berapa usia Anwar Ibrahim dan siapa pelapis PKR?

Jika umur panjang dan jika kolaborasi tiada masalah, Anwar paling lama 2 penggal menjadi PM. Dalam tempoh ini umno boleh memulihkan sokongan rakyat.

Rafizi pasti akan bertanding semula di Pandan dan kemungkinan Wan Azizah akan jaga cucu.

Berjaya atau tidak Rafizi menggilap namanya, masa depan tidak boleh diramal. Nama Anwar sudah ditempah, sampai sekarang tidak boleh ditampal di pintu pejabat PM.

Kemungkinan rundingan Pkr/Umno mudah. Anwar akan jadi PM sepenggal dan TPM dari Umno. Semuanya sepenggal atau bergilir.

Jika tidak sehaluan selepas itu, kapal pecah dan Umno kekal bernyawa dan sudah kuat dan boleh bersama Pas jika perlu.

Bersatu kemungkinan akan arwah.

Zaman digital.

Maaf, zaman digital tidak boleh diramal dan sukar untuk membuat perancangan jangka panjang, kecuali dalam bidang pendidikan.

Jadi jika Umno memilih PH sebagai rakan sekutu ia umpama mendapat ubat umno ubat tahan sakit dan vitamin.

Sekalipun Umno akan kena kecam, bukankah Bersatu dan Pas sudah berkolaborasi dengan Dap, cakap jangan mereka tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment