Monday, March 15, 2021

Nk makan pun mengemis, kau denda 10K


Polis Johor mengkompaun 50k pengurus dan pengujung pusat hiburan berjumlah RM1.13juta. Ok, ini wajar tapi bila pengemis dikompaun 10k dan mengintip rakyat untuk disaman, ini bukan kerajaan Islam tapi kerajaan Jababiro.

Jika kerajaan benar mahu memutuskan rantaian, penganjur konvensyen Dap Perak sepatutnya dikompaun kerana peserta tiada mengamalkan penjarakan sosial.

Ini bukan kerana semua salah Dap tapi ketegasan kepada pematuhan sop sesebuah penganjuran majlis dan tempat kerja.

Ketika poket rakyat digasak, menteri menganjurkan program menyalahi undang-undang. Mentaliti cakap tidak serupa ternyata tiada beza umno, ph, pn atau Islam atau lord reid. 


Tidak memakai pelitup muka RM10k, kompaun ini sebenarnya terlalu zalim. Lainlah kalau tidak di tempat awam dan sesak tidak memakai pelitup muka.

Kefahaman SOP.

Analisa gambar DG Hisham, mereka (nurse) bersesak adakah salah? Kalau ikut pematuhan sop, yea tiada penjarakan sosial tapi mereka memakai PPE, so tiada isu disini. DG berada di luar kawasan zon dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Awam dan sesak, dua elemen ini perlu seiring dalam satu situasi. Awam tidak sesak, jika bersendirian sepatutnya tidak perlu memakai pelitup muka pun tidak mengapa.

Kerana kelemahan kefahaman pegawai penguatkuasa dan sop yang berubah-ubah membawa masalah kepada rakyat.

Menteri boleh kata, kompaun boleh dikurangkan atau bayar ansur-ansur, apa!! ingat bayar ansur-ansur itu bukan duit kah?

Belum wujud lagi kluster kedai runcit tapi kesungguhan pegawai penguatkuasa mengkompaun rakyat tidak memakai pelitup muka begitu mengujakan. 

Kluster tempat kerja termasuk penempatan warga asing, ini punca mengapa covid tapi yang dikompaun rakyat marhaen.

Ambil contoh pengemis Lahad Datu, hanya pengemis warganegara yang perlu membayar kompaun. Bukankah ini rakyat sendiri dizalimi?

Jika niat kompaun untuk mendidik ia akan disokong, ternyata tujuan kompaun itu sudah terpesong dan  sewajarnya dikecam.

No comments:

Post a Comment