Saturday, March 13, 2021

PN, PH hanya goyang kaki

Dulu kata 10K bagi kesalahan berulang, sekarang mereka cerita lain. Kompaun ikut budi bicara pegawai, law budak tik tok.

Semua agensi kerajaan seperti dikerah mencari wang, saman sana sini mengikut musim i-sinar. 

12.05am masih duduk di kedai mamak, datang pegawai kesihatan terus kompaun. Bab kolek duit efisen tapi membantu rakyat macam siput. Nampak sangat mencari salah, walhal semua gambar menteri duduk rapat-rapat.

Apa mereka laungan, kerajaan Islam dan perpaduan ummah. Jangan bahas, cuma nilaikan sendiri mereka ini layak atau tidak mentadbir.

Muhyiddin ke Indonesia, apa hasilnya?

Muhyiddin ke Saudi Arabia, hanya dapat tambahan kouta haji. 

Menteri tugas-tugas khas silang panggung hujung bulan dapat gaji. 

NajibNomics.

Sudah 3 tahun BN tidak mentadbir, hampir semua projek atau program adalah warisan Najib. Untuk hidup Mahathir hanya mampu mengurangkan kos, Muhyiddin pula belum nampak apa hasilnya.

Jika PH dan PN boleh goyang kaki, maksudnya projek Najib bermaanfaat untuk jangka panjang.

Cuba senaraikan apa projek PH dan PN?

JENDELA projek infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh PH. Jika diselusuri projek ini sudah dirintis oleh Najib dengan membuat tabungan daripada pihak telco.

Najibnomics bahasa mudah, mahu menjadi negara kaya. Kurangkan hutang dan mensejahterakan rakyat. 

Projek beratus billion menyebabkan nilai hutang negara meningkat tetapi apabila dibandingkan dengan peratusan kdnk ia menurun, bermaksud projek yang dijalankan mampu menjana pendapatan yang berlipat kali ganda.

Bahasa mudah, beli aset dengan hutang tapi dia terlebih mampu bayar hutang kerana gajinya sudah besar.  Tapi apabila bukan ahli ekonomi akan melihat hutang tidak bagus, walhal dia bayar honda 50% daripada gajinya sementara orang beli bmw pula hanya 2% daripada gajinya.

Najib boleh membangunkan dan mampu menanggung kos yang dibuat oleh Mahathir tapi Mahahtir tidak mampu menanggung kos yang dibuat oleh Najib. 

Bukankah Najib lebih brilliant?

Hakikatnya orang sembang kedai kopi terdiri dari mereka yang lemah akal walaupun dia doctor, kaya, pegawai tinggi tapi mereka lupa tanpa ekonomi yang makmur dia hanya mampu beli kancil.

Di Malaysia, bangla boleh jadi kaya.

No comments:

Post a Comment