Saturday, May 22, 2021

kerajaan yang keliru.

 

Sakit mental tidak mengira miskin atau kaya. Yang ada duit sikit mereka perlu reset mentalnya. Manusia bukan burung untuk dikurung.

Dengan kepatuhan majoriti rakyat, secara asasnya mereka percaya dengan covid. Apa yang rakyat mahukan ialah dasar konkrit kerajaaan menangani covid.

44 daripada 97 pekerja premis positif yang diherdik ialah pembeli. Nama pun dah mall untuk mendapatkan barang keperluan, apa isunya. 

Dimana sop?

Mengapa tidak menghadkan kemasukan pembeli ke dalam mall? 

Yang positif itu pekerja dan menjadi punca penyebaran. Kenapa jadi begitu?

Kluster tempat kerja penyumbang utama ironinya penguatkuasa menghendap orang ramai tidak memakai mask, walaupun sorang² di bawah pokok.

Rakyat keliru atau kerajaan keliru?

Contoh kedai pakaian di pasaraya buka, tapi orang ramai disaran duduk dirumah. Kedai dibuka perlu ada pekerja tapi pada masa yang sama orang ramai disarankan duduk dirumah.

Secara logik tidak ada pembeli tapi pekerja perlu keluar dan menyebarkan virus.

Jika keadaan memakan masa berbulan², operator kedai akan tutup disebabkan tidak mampu membayar overhead.

Yang untung pkp ini siapa, yang mampos siapa?

Tokei kilang² dan tapak binaan kerana mereka pusat penyebaran dan rakyat yang mampos. 

Covid itu benar, di TV1 sekarang.

Itu yang dikatakan kerajaan keliru. Kau bersungguh menyakinkan rakyat 100% untuk satu perkara, tidak cukupkah 95% rakyat percaya?

Sekarang rakyat demam sahaja terus pergi KKM untuk swab, jika KKM tidak berkemampuan mereka sanggup untuk mengeluarkan wang sendiri.

Rakyat kita kebanyakkan mereka patuth sop. Bukan seperti di Brazil atau India. Masalah sekarang di peringkat kerajaan. Jika cerita mall tadi jadi teladan, kerajaan sebenarnya nak rakyat buat macam mana? 

10 tahun duduk dirumah dan parlimen digantung?

Jangan tolak vaksin kempen kerajaan, lengan rakyat sudah tersedia tapi vaksin nak disuntik pun takde. Bunkah bengong.

No comments:

Post a Comment