Thursday, May 20, 2021

Selangor menolak total lockdown

Selangor belum parah, ia masih rendah jika dibandingkan dengan kepadatan penduduk. OK.

Orang yang makan gaji akan menyokong total lockdown, setahun pun tidak mengapa. OK.

Bagaimana mereka yang meniaga? tak buka kedai tiada la pendapatan.OK.

Ceritanya seperti buka sekolah salah, tutup sekolah pun salah. Bangau oh bangau, akhirnya angka jangkitan mencecah 6806 sehari, angka tertinggi setakat ini.

Kerajaan gagal dilaungkan tapi sedarkah bila kerajaan gagal rakyat juga susah??

Jika banyak syarikat rugi, kerajaan tidak cukup duit dan jika jangkitan tinggi syarikat juga akan tutup. 

Dua dua susah. 

Covid tidak selesai tahun ini, mungkin juga bukan tahun depan. So at least fikirkan untuk survive sampai tahun depan.

Salahkan diri sendiri, kau alpa engkau juga yang pening kepala.

Hari ini di Kedah sudah diputuskan, mereka yang tiada harapan tidak dimasukan di icu. Biarkan mati perlahan² di atas katil. Kerajaan sudah tidak ada pilihan, no choice.

Ko ada duit, boleh ke dapat ke 20 juta dos? 

Kau saring 1 juta orang, untuk apa kalau KKM sendiri sudah tidak menang tangan? 

Nabi dah sebut cara untuk mencegah, kau faham ke tidak?

No comments:

Post a Comment