Wednesday, July 28, 2021

Kau Siapa?

Sembang kari.

MKN dan KKM dibawah kerajaan pusat, kerajaan negeri hanya sebagai pemudah cara dan telah membuat inisiatif di bawah bidang kuasanya seperti membuat swab test secara besar-besaran dan membeli vaksin dibawah program SelVAX. 

SelVax membelanjakan $200 juta membeli vaksin tapi ianya dijual semula $350 untuk 2 dos. Di bawah PIKAS vaksin dijual $45 sahaja bagi setiap pekerja. 

Contohi Selangor menangani covid. Contohi apa?

Selain membantai kelemahan MySejahtera, apa saranan Dr. Dzulkefly di Parlimen? 

Dia menyuruh kerajaan (KKM) membuat caranya 'Preventing Outbreak at Ignition Site’ (POIS)' seperti di Selangor.

Begini.

Selama ini KKM menggunakan kaedah yang sama, namanya sahaja berbeza seperti SPAD kepada APAD. 

Jika POIS benar berjaya, kenapa di Selangor tidak turun-turun?

Jawapan politik, MITI membenarkan industri dibuka. Jawapan ini semua orang sudah maklum. OK, noktah.

Membuat swab berpuluh ribu, hanya di PKPD Mentari Court kerajaan Selangor mengadakan pusat kuarantin. Masalah selebihnya ditolak kepada MKN. 

Nak buka pusat kuarantin, kosnya bukan sikit. 

Jika diamati, tiada apa yang menarik yang diusulkan oleh pembangkang untuk menangani covid. 

Parlimen.

Suara di Parlimen hanya suara politik kerana menjaga rakyat adalah tanggjungjawab mereka selaku ahli parlimen. 

Ahli Parlimen tidak ada saranan kerana dunia masih buntu. Selain vaksinasi dan pkp, apa solusinya?

Bila Azmin bersungguh menafikan kilang bukan punca kegagalan, aku hanya terdiam. Sedih ramai berjuang hidup kerana covid. Rakyat sebenarnya seperti menyalak bukit.

Hakikat.

Muhyiddin, Mail Sabri, Hadi, Najib, Anwar, Zahid, Mahathir, Shafei Apdal mahupun Azmin dia adalah wakil rakyat. Dia dipilih oleh rakyat.

Tidak guna untuk membincangkan salah siapa, mereka semua ada penyokong. Jika tidak suka Azmin, dia menteri. Tidak mengundi Muhyiddin, sekarang dia Prime Minister. Kau siapa?

Mereka menjadi menteri atau berada di Parlimen kerana rakyat sudah memilih. 

Kita sembang politik, sebenarnya siapa ahli politik? Sebulan mereka dapat berpuluh ribu, kita rakyat semakin susah.

Kita masih tidak sedar siapa kita.

No comments:

Post a Comment