Monday, July 26, 2021

Point of order

Mana umno?


Kalau bukan isu pembatalan darurat, sidang parlimen hari ini tidak ada isinya. MP saling menyampuk, menteri baru berucap point of order, selang seminit point of order.

Hanya MP Port Dickson steady.

Seeloknya mereka jadi pembangkang, tapi kalau ini kualitinya susah juga. Cari sendiri bagaimana BN menyoal kerajaan semasa PH menguasai Putrajaya. 

Kita hendak maju, tapi setiap kali dewan bersidang seperti menonton sarkas. 


Mungkin Azmin rasa teknik ini berkesan seperti apa yang dia buat di Dun Selangor. Ternyata dia silap besar. Menteri kanan tapi ini sahajakah akalnya?

Bersetuju dengan MP Kuala Selangor, menteri MITI ini telah mengelirukan dewan dengan memetik kenyataan KP Kesihatan.

PM , TPM dengan Azmin ini faham ke tidak masalah rakyat?

Jangkitan spora ini kau ingat seperti pembiakan tumbuhan spora murid tahun 3? 

Bila sudah mencecah 1 juta, tidak mungkin KKM boleh trace dari mana pesakit dapat jangkitan. 

Duduk di rumah kena covid?

Berapa ramai yang kena jangkitan dari kedai runcit, kedai makan?. 

No comments:

Post a Comment