Monday, July 26, 2021

Takdir umat sekarang

Covid ini konspirasi, so?

Dunia ini hanya pentas ujian, sikap dan pendapat setiap orang akan berbeza seperti dna. Tanpa kita sedari manusia seperti enau dalam belukar, bersaing untuk terus hidup. 

Dunia ini dicatur (dirancang) mengikut kemahuan sesetengah golongan manusia, sedangkan Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) adalah sebaik-baik perancang.

Mereka berfikir itu rancangan mereka walhal Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) sudah merekodkan sejak dari kejadian Nabi Adam (عليه السلام) sebagai khalifah bumi.

Untuk lulus ujian Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) turunkan para Nabi dan kitab sebagai panduan. Terpulang kepada manusia untuk mengikuti ataupun tidak.

Dalam Al-Quran Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) sudah merekodkan bagaimana firaun akan menjadi ujikaji umat akan datang. Bukankah ini bukti Al-Quran itu benar?

Begini.

Jika benar yahudi merancang konspirasi, jangan pelik sebab Rasullullah (ﷺ) sudah menjelaskan rancangan mereka. 

Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) juga sudah sebutkan dalam kejadian Nabi Adam (عليه السلام) "Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.".

Covid, peperangan, penaklukan ataupun penindasan umat Islam ketika ini adalah takdir kita sebagai manusia. Setiap generasi umat akan ada ujiannya sendiri. Jika umat Nabi Musa (عليه السلام) diuji dengan firaun, umat Nabi Muhammad (ﷺ) adalah kiamat.

Bukankah proses kiamat itu sudah disampaikan?

Dugaan manusia kini ialah akhir zaman. Inilah takdir kita yang hidup di transisi masa akhir zaman dimana fitnah berleluasa, peperangan, umat Islam ramai tapi seperti buih di lautan.

Siapakah sebenarnya yang merancang. Yahudi dan nasrani atau Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى)?

Inilah takdir akhir zaman.

Surah Al-Baqarah 120.

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ ٱلْيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Pendetailan covid.

Walaupun pengasingan (PKP) ini seperti yang disyariatkan, tapi sebenarnya kita memilih agenda yahudi (vaksin) untuk menangani covid. 

Rancangan sebenar kerajaan ialah vaksinasi. PKP hanya untuk memperlahankan angka jangkitan. Sebab itu pusat wabak (kilang elektronik, besi, pembinaan) masih dibuka.

Jika vaksinasi ini penyelesaian tuntas, sekarang ini negara eropah mencatatkan semula angka kenaikan. Jika stage 1&2 dikira, bilangan mereka akan lebih tinggi.

China berjaya kerana total lockdown. Sampai sekarang mereka masih mengetatkan kemasukan ke dalam negara. Tiada kompromi seperti kita.

Sekarang di perairan laut china selatan seperti ada pameran angkatan laut. Kuasa besar sudah menghantar kekuatan mereka. Andai kata ia percaturan mereka (konspirasi), bukankah sudah diperingatkan akan ada peperangan besar satu hari nanti.

Konspirasi ini rancangan dunia, untuk selamat kembali semula kepada Alif Lam Lam Haa.

No comments:

Post a Comment