Friday, July 9, 2021

MP Umno jiwa sayang Muhyiddin

Kelangsungan rakyat atau kelangsungan diri?

 

PKPD Seremban kerana satu kilang di Senawang, yang susah orang Seremban. Banyak kilang masih buka di Selangor, satu negara PKP.

Yang akur sudah nazak, yang kaut untung mereka yang membawa bencana.

Pintu pagar ditutup, dalam kilang kedengaran bunyi mesin . Kalau sebelum ini kluster balik kg, kluster raya disensasikan untuk mengaburi kes, akhirnya kebenaran muncul juga.

Mulut orang politik.

Sebelum ini Nazri Aziz menarik sokongan kepada PM kerana dia akan mendapat tempat bila plan Zahid berjaya. Tapi bila ianya gagal, rakyat disandarkan untuk kelangsungan politiknya.

Perjuangan orang politik kerana rakyat?

Ronie Liu ke Raub kerana bangsanya, itulah pemimpin Dap. Berkorban untuk bangsanya. Politik melayu, demi rakyak demi Islam tapi rakyat tgh susah tiba-tiba jadi bisu.

Dimana-mana rakyat susah. Sendiri pun dalam keadaan susah. Yang tetap senang orang politik. Orang susah ialah norma baru.

Politik Malaysia sudah seperti sarkas. Semakin lama semakin mundur kualitinya. Selagi rakyat tidak menyatakan kebenaran, jangan mengharap sesuatu yang positif.

Mahathir, Anwar, Hj. Hadi, Zahid. Najib, Lim Kit Siang. Dari bujang sampai kita sendiri mahu bercucu dia juga yang dipuja.

Umno kacuk dengan Dap akan jadi pelik tapi orang tidak pelik bila Anwar, Mahathir, Hadi pernah kahwin dengan DAP.

Pelik bila orang yang kutuk Mahathir gila babi tapi dia boleh memuji Mahathir, bila Mahathir left group dia pula ajak orang kutuk Mahathir. 

Yang kadang-kadang tidak masuk akal bila bekas pemimpin umno kutuk keburukan umno. Kalau iyea pun beralih sokongan mengikut tuan, tak perlu menipu orang lain untuk menutup aib sendiri. 

Secara relatifnya, keburukan umno ialah keburukan pemimpin. 

Macam inilah, Mahathir kata umno parti rasuah, sedangkan dia pegang presiden parti 22 tahun.

Lantaklah politik, siapa pun memerintah aku pun kena kerja untuk makan. Ok.

Tapi kerana tangan kita mengundi, boleh ke kerja sekarang?


Dia tak mengundi Muhyiddin tapi mungkin mengundi sekutu Muhyiddin.

Dah Muhyiddin PM, tadah je la. Apa nak merungut.

Hakikatnya, inilah mentaliti kita. 

No comments:

Post a Comment