Saturday, July 17, 2021

Lupakan pkp, biarkan rakyat belajar hidup dengan covid.

Harus mengakui covid akan ada untuk beberapa tempoh. Walaupun vaksinasi bukan satu jalan keluar, tapi sekurang-kurangnya boleh mengurangkan tekanan kepada kesihatan awam. 

Kalau sebelum ini KKM mampu mengawal penyakit bawaan pati, tidak pada covid. Mentaliti mereka jauh ke belakang untuk mengamalkan protokol kesihatan. Sikap mereka yang memburukkan keadaan. 

Apapun keadaan, kerajaan harus membuka sektor ekonomi. Peluang untuk kita mengawal sudah 'over'.

Bagaimana China boleh mengurus covid?

Negara yang berjaya mengawal covid tiada tekanan politik. Siapa yang mahu ke Singapore perlu menjalani prosedur ketat, menteri kita berkali-kali langgar sop. Ini perbezaan negara yang mengawal dengan negara yang mempergunakan covid.

Ada kemungkinan covid dijadikan senjata politik lalu senjata makan tuan.

Situasi ketika ini hospital perlukan tambahan kontena mengisi jenazah, apalah agaknya jika stadium dibuka dan semua majlis boleh dibuat secara bersemuka?

Dengan pru boleh berlaku bila-bila masa adakah vaksinasi mampu membentuk perisai?

Apa yang diharapkan dengan vaksin?

Vaksin diharap menjadikan antibodi kita covid itu seperti demam selsema. Jika antibodi mampu membunuh virus dalam tempoh inkubansi adalah lebih baik, ia tidak boleh menyebarkan kepada orang lain. Sekalipun antibodi terpaksa mengambil masa untuk membunuh virus, tidaklah membawa kematian.

Begini.

Dalam satu kajian, 44% penduduk Jakarta sudah ada antibodi covid. Ini membuktikan mereka pernah dijangkiti dan cure secara alami.

Data rasmi lebih 80,000 kanak-kanak telah dijangkiti covid, Alhamdulillah mereka tidak terkesan dengan varian sebelum ini. Angka ini dikeluarkan sewaktu angka jangkitan 400k yang membawa maksud 1/4 daripada jumlah ini ialah kanak-kanak.

Dengan jumlah sebesar ini, sudah semestinya. angka sebenar lebih besar. Tetapi kerana imunisasi badan yang kuat, covid itu seperti selsema.

Satu certia lain, satu keluarga dijangkiti kecuali seorang anaknya berumur 6 tahun. Daripada cerita ayahnya anaknya pernah demam sehari dan sihat semula selepas diberikan ubat demam. Kemungkinan besar demam itu ialah covid tetapi antibodinya kuat sehingga boleh membunuh virus tersebut.

Situasi ini yang dimahukan KKM dimana antibodi setiap rakyat mampu melawan covid seperti demam biasa. 

Dalam menangani covid yang sudah merebak, sewajarnya KKM lebih menumpukan jejak varian India dan Afrika.


Politik.

Pak Lah turun kerana tiada sokongan politik. Najib turun kerana tiada sokongan rakyat. Asasnya Muhyiddin mendapat kuasa tanpa cukup sokongan, jadi tidak hairanlah beliau tidak akan turun sehingga dibuktikan tidak cukup sokongan.

Jika Muhyiddin sudah membuat yang terbaik dan itu kemampuannya, baik beliau berundur. Syawal adalah waktu sesuai untuk total lockdown, kenapa tidak buat?

Sekarang jika meneruskan pkp, rakyat akan mati.

Muhyiddin tidak ada wibawa sebagai PM. Seperti yang dikatakan oleh Mahathir, beliau tidak menolak Mukhriz menjadi PM.

Ha ha ha. 

Silap haribulan PM sekarang hanya boneka Mahathir.

Sampai bila kita harus mengikut telunjuk orang tua itu? aku kurang ajar mengutuk orang tua itu?

Kalau hidup mahu ikut cakap orang politik, silakan. 

Singapura tidak ada Mahathir, maju je negara seluas tapak tangan. Tun Razak sebenarnya jauh lebih hebat walaupun pemerintahannya singkat. Kenapa tidak sanjung?

Hakikatnya, jika Azmin dan Mukhriz itu pemimpin akan datang, cricle mereklah je la yang senang. Malaysia dan Zimbabwe tidak ada bezanya.

No comments:

Post a Comment