Sunday, July 18, 2021

Semakin ramai sakit mental

Akhirnya ambil ubat tidur, Caprice.

Tidak menerima kenyataan Gaza sebegitu rupa. Mental tidak bersedia kerana kurang pengalaman di lapangan. 

Ralatnya bila Ustaz Ebit terkait dengan sakitnya. Mentalnya sakit.

Dia belum masuk Gaza dia dah down, apa agaknya jika Gaza di dpn mata?

Ciri sakit mental ini ada pada Caprice. Cerita menyalahkan orang lain menutup masalah sendiri. Pada tahap sakit mental bipolar, orang itu akan mudah menangis seperti orang kena stroke.

Manusia jika terlalu lama terkurung, akan seperti haiwan dalam sangkar. PKP ini jangan sampai kanak-kanak kaget dengan dunia luar. Terpaksa dipimpin melihat matahari. 

Tidak logik tapi tidak mustahil.

Otak kanak-kanak yang didera dengan otak kanak-kanak orang susah berbeza. Otak kanak-kanak orang susah diadun oleh pengalaman akan membentuk kecekapan, survival, berani membuat keputusan. 

Otak kanak-kanak yang dilatih dengan keputusan ibu bapa, mudah retak seperti cermin. Walaupun mereka bijak tapi fragile.

PKP, apa yang kanak-kanak buat dalam apartment?

PDPR, main gajet, tonton tv, tidur dan makan. Dia sembang dengan siapa? main apa? segalanya terhad.

Situasi itu tidak baik untuk kesihatan mental.

Satu perkara yang dimahukan oleh banduan penjara, ialah kebebasan. Manusia jati dirinya bebas, bukan dikurung. Jika kebebasan itu hilang, mental seperti ditorture.

No comments:

Post a Comment