Thursday, July 22, 2021

YB GAZA kena sailang, panas la dia.

Orang politik marah rakyat menaikan bendera putih. Takut #kerajaangagal menjadi trending hari ini MB Kedah mengumumkan bantuan $373,545 bagi kawasan pkpd Kuala Muda. 

Maklumat awal bantuan Ustaz Ebit tidak dibenarkan merentas negeri kerana tidak mempunyai surat kebenaran. Boleh mohon surat dan hantar bantuan tapi tak boleh agih. Bantuan harus ditransit ke PKOB daerah, Pahang.

Jika tak boleh agih siapa yang agih? Yang Berhormat perlu mendapat kredit. 

Sejak beberapa hari lalu ustaz Ebit menjadi panas. Kisah Gaza hanya mereka yang tahu. Biarlah mereka selesaikan sesama mereka. 

Ujian terbaru Ustaz Ebit dan mungkin pengajaran bagi pihaknya.

Begini.

Jika pergi ke Pahang mungkin kita boleh terjah, tapi di negera orang adalah lebih baik mendengar nasihat perunding setempat. Ramai juga ustaz yang biasa dengan bumi Gaza. Jadi tidak salah untuk membawa jurupandu.

Cabaran orang berdakwah memang banyak. Ramai yang menanti ustaz tersandung. 


Apa kaitan YB dalam negara dengan panas di Gaza.?

YB kg marah jika ada penduduk kawasannya dibantu oleh Ebit. YB kg lebih mementingkan nama berbanding perut penduduk.

Apa kaitan YB Gaza?

Sekalipun bantuan tidak sampai, apa masalah YB Gaza? anggap sahaja bantuan Ebit tidak sampai dan dia hanya menziarahi Gaza. 

Salahkah ustaz menggunakan syarikat vip jika dia berkemampuan. Salahkah ustaz menggunakan bantuan kementerian luar dan TMJ untuk masuk ke Gaza?

Atau Nadir ini mahu semua bantuan dari Malaysia melalui dia agar dia terus menjadi "YB"?.

Kalau pusat anak yatim tidak disenangi oleh penduduk Palestin, biarkan pihak berkuasa di sana buat keputusan. Untuk apa dipanjangkan cerita?

Pendedahan ini hanya lebih kepada peribadi bila 'YB" tidak mendapat mileage nama.

Seperti Caprirce yang meroyan tidak dapat serta, YB Gaza ini juga terkilan kerana tidak dapat liputan dari team Ustaz Ebit.

Tapi, kenapa Uztaz Ebit tidak meneruskan kerjasama dengan "YB GAZA?".

No comments:

Post a Comment