Friday, August 13, 2021

Bye Bye Muhyiddin

Entah beberapa kali Muhyiddin berjumpa dengan pemimpin Pas. Jika mahukan sokongan, semua MP Pas sudah tunduk dengan dia. 

Dengan mengambil kira kemungkinan parlimen dibubarkan, Muhyiddin sudah mengambil langkah awal membahagikan kerusi melayu. Atau juga Muhyiddin mahu memujuk agar Pas meninggalkan MN. Jarang seorang presiden bertaraf PM mengejar presiden parti lain. 

Kerana tiada satu pihak yang dipercayai mempunyai majoriti, sewajarnya parlimen dibubarkan. Kerajaan caretaker mempunyai 60 hari untuk mengadakan pru. Dengan vaksinasi yang tinggi tempoh 60 hari sudah cukup melandaikan jangkitan. Jika jangkitan tidak turun, keberkesanan vaksin akan dipertikaikan.

What happend adalah cai Muhyiddin, dia sendiri mengambil risiko. Dia ada pilihan, bukan tidak ada. Sebelum dia checkmate Mahathir, jadi dia terlebih yakin boleh membunuh umno.

Pemimpin umno boleh dibeli tapi bukan pendukung dibawah. Jika akar kuat mencengkam, tunggul boleh berputik. Jika Mahathir sendiri berkira-kira mengharamkan umno, baru setahun menjadi PM sudah langkah terlalu panjang.

Muhyiddin sudah tua, jangan menongkat langit. Jika dapat sepenggal lagi menjadi PM, itu lebih baik dari hilang jawatan. Jika Bersatu tidak terlalu berkeras, umno akan mati sendiri. Tapi siapa kawan Muhyiddin, umno diracun, PH ditikam. Dan sekarang sedang menabur janji dengan Pas. 

Taktikal politik.

Agak-agak selepas pru Zahid ditawarkan menjadi TPM, dia tidak terliur kah? 

Malaysia bukan Canada atau New Zealand. Carilah dalil bahawa tuduhan Zahid adalah boleh digugurkan. Lemahkan pendakwaan Najib, Bossku terlepas tenteram la politik Malaysia. Bukankah sebelum ini pedakwaan Lim Guan digugurkan.

Bunuh Anwar dan Mahathir.

Mahathir dah tua, lagipun siapa lagi mahu percaya dengan dia. Jika penggal hadapan Anwar tidak menjadi PM, dia dah boleh lupakan untuk menjadi PM. Budak bendang dah kurang, yang tinggal hanya budak tiktok. Kalau ekonomi dan intenet laju, diam la mereka.

Apa kelebihan Muhyiddin dengan pendekatan ini?

Pertama, Muhyiddin akan menikmati kerusi PM dengan tempoh lama. Kedua jika pemimpin Bersatu bagus sudah semestinya Bersatu akan lebih kuat. Jika dah kuat, siapa pun akan ikut. 

Tapi Muhyiddin tidak sabar, itulah kesilapan dia. Dah biasa menikam, tertikam dengan senjata sendiri.

Bye bye Muhyiddin.

No comments:

Post a Comment