Sunday, August 15, 2021

Anwar PM?


Jika semua MP umno kembali kepada parti, MP yang mendapat csa terbanyak ialah Anwar. Kerajaan minoriti perlu ada perjanjian keyakinan dan bekalan (csa) untuk memudahkan proses meluluskan usul pembekalan.

Kerajaan minoriti boleh jadi pilihan Tuanku kerana ia masih melambangkan demokrasi berbanding Mageran atau darurat. Pertimbangan lain ialah kredibiliti Anwar dalam dewan dalam membentuk kerajaan minoriti.

Gabungan parti paling konsisten ialah PH. Mereka kekal menyokong Anwar sebagai PM. Bagi membentuk kerajaan minoriti yang stabil, Anwar wajar diberi peluang. 

Jika Muhyiddin hilang jawatan, dia akan hilang sokongan. Sokongannya lebih kepada scheme of things.

Jika kes Zahid dan Najib selesai, politik negara akan stabil walaupun umno tidak dilantik dalam jawatan kerajaan. Jika Zahid membuat kesilapan yang sama, tidak membuat aku janji kepada Anwar, memang Zahid bodoh.

Sekalipun Ds. Hadi memberi kenyataan jangan biarkan kleptokrat memerintah, Umno dan Pas akan kembali kepada MN. Pas ini parti politik dimana parti boleh dapat untung dia akan memihak.

Pru15 hanya berbaki 2 tahun, PH dan MN akan mendapat kelebihan bersama. Dalam kerajaan minoriti semua MP akan mendapat peruntukkan yang setara. Jika Anwar mahu memerangi umno semasa menjadi kerajaan, membunuh personaliti seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin, maaf Anwar zaman ini senjata makan tuan bila-bila masa boleh berlaku. 

Jika ditakdirkan kerajaan minoriti dipimpin oleh Anwar, PH perlu buktikan kemampuan. Gelagat Guan Eng semasa menjadi menteri kewangan dahulu tidak patut terjadi lagi. Lagak samseng dalam dewan amat buruk di pandang. 

Throwback, awalnya Muhyiddin mendapat sokongan rakyat, tetapi dalam masa 6 bulan dia hilang majoriti dan kemungkinan akan hilang jawatan. Jadi belajarlah menjadi politik matang.

No comments:

Post a Comment