Tuesday, August 17, 2021

Jangan kerana air mata, lupa pkp berbulan

Terusik juga hati ini bila lihat wajah tenang Muhyiddin. Dia menjadi PM bukan ketika wabak tapi ketika melayu bising dengan hilang kuasa. Nak kata dia penyelamat, mungkin ye mungkin juga tidak. Bantuan untuk rakyat, dia cuma tukang agih. Tak cukup duit dia meminjam. Kan ketika itu negara masih boleh meminjam.

Hari ini dia hilang jawatan. Kifarah atau pengorbanan hanya dia sahaja tahu niatnya mahu menjadi perdana menteri.

Trowback.

Mahathir amat tidak selesa dengan budak tingkat 4 kerana banyak projek kroninya dicantas. Lalu ground swell didalangi Muhyiddin untuk menjatuhkan Pak Lah dan dia boleh menjadi timbalan perdana menteri.

Sekali lagi Mahathir tidak menyenangi perdana menteri, ketika itu Najib Razak. Musuh dalam selimut yang membekalkan maklumat keluar bagi melemahkan pentadbiran Najib ialah Muhyiddin. 

Samada Muhyiddin ini Hang Jebat menegakan kebenaran atau si kitol suruhan mamak bendahara yang menjatuhkan Melaka. Biarlah makamah putuskan kisah 1mdb ini.

Kleptokrat.

Dalam perutusan perletakan jawatan, Muhyiddin ada mengatakan dia tidak mahu bersengkongkol dengan kleptokrat. Faktanya dia tidak menjadi perdana menteri jika tidak disokong oleh kleptokrat.

Mengambil kisah helikopter Sembrong, kenapa Hishamuddin boleh menjadi menteri walhal umno dilabel parti kleptokrat. Jika menyelusuri kes-kes sebelum ini kluster makamah tidak boleh menjadi indikator seseorang itu suci atau kotor.

Jika Anwar Ibrahim dipenjara ketika Mahathir memegang tampuk, apakah perkara yang sama tidak akan terjadi pada orang lain. Berapa ramai katak terlepas kerana mengubah sokongan?.

Polikus seperti haiwan dirimba, mereka yang kuat akan menjadi raja. Untuk menjadi raja, jiwanya seperti Mahathir, jangan ada simpati.

Lumrah politik, dapat jawatan dan terlepas jawatan itu lumrah. Jika sebelum ini kerana air mata tumbang sebuah kerajaan, belajarlah dengan pengalaman lalu.

No comments:

Post a Comment