Saturday, August 21, 2021

Anwar PM tepi.

Luar biasa umno, kalah tapi memerintah. Berkali terpecah tapi tidak karam. Bila 2 orang pemimpin Dap menyarankan menimbang tawaran Muhyiddin, team presiden umno tidak keruan. Masakan tidak, jika PH menerima tawaran Muhyiddin yang tertinggal dalam umno hanya Mat Maslan.

Impian Anwar menjadi PM sudah berkurun tapi langkah politiknya semakin cacat. Untuk mencapai cita-cita seharusnya dia perlu berani membuat kelainan. Jika dia berani mengatakan anak Iban anak saya, kenapa dia tidak menawarkan Shafie tpm Sabah dan GPS tpm Sarawak?. 

Jika GPS menyokong Anwar, Pas dan umno gigit jari.

Sepatutnya Anwar menerima tawaran Muhyiddin. Dengan menjadi kerajaan, sokongan PH akan menjadi lebih kuat dan dominan dalam pru15. Tanpa BN, umno tempang. Bertambah buruk bila kluster makamah gagal dalam rayuan.

Kerana politik Anwar sejengkal, banyak kali peluang dilepaskan. Bukan istana tidak mahu Anwar menjadi PM tapi Anwar menyempitkan jalannya sendiri. Anwar mahu sokongan MP tapi dia sepak Azmin. Rafizi bukan MP, apa perlunya dia dinamakan dalam parti. Dah dapat jawatan, pandai-pandai la bagi jawatan.

Mungkin sudah ditakdirkan Anwar tidak menjadi perdana menteri. Jika ditakdirkan Mail Sabri menjadi PM, itu rezekinya.

Anwar, anwar. Kau akan dikenang sebagai PM tepi. 

No comments:

Post a Comment