Monday, August 23, 2021

Dark, tall, hansome.

Full package, dark, tall, hansome. 

Ahli politik berkarisma, dia ada faktor wow menjadi PM. Lawan tidak berani mengambil risiko untuk menyerangnya kerana beliau berketerampilan dan petah menjawab. Dia personaliti pemimpin masa depan.

Jika negara ini seperti Canada atau New Zeland kemungkinan dia sudah menjadi pilihan rakyat mengurus negara. Tapi sayangnya politik Malaysia masih dikuasai oleh cengkaman politik orang lama.

Politik.

Kj muncul ketika Abdullah Badawi menjadi perdana menteri. Dia menang dalam persaingan 3 penjuru termasuk Mukhriz anak Mahathir dalam perebutan ketua pemuda. Mengalahkan anak "king" bukan sesuatu yang mudah, tapi dia berjaya.

Kj digelar budak tingkat 4. Ketika itu team ini amat berkuasa sehingga dikhabarkan dasar kerajaan perlu ditapis oleh mereka. Dengan adanya kuasa, dia sudah membeli penyokong dikalangan ahli pemuda. Jika umno kekal memerintah, generasinya akan menguasai umno dan dia akan ditabal sebagai presiden.

Dia berkelulusan politik ekonomi, jadi serba sedikit dia tahu untuk menjadi opportunist. Bertanding jawatan presiden boleh dikatakan silap dan mungkin juga langkah yang betul. Jika dia menang dalam pemilihan umno yang lalu mungkin dia timbalan perdana menteri ketika ini.

Mengapa timbalan bukan perdana menteri.

Ismail Sabri menjadi perdana menteri bukan kerana langkahnya, tetapi politik Ahmad Zahid sebagai presiden. Zahid menarik sokongan berkemungkinan kerana Muhyiddin tidak membantu masalahnya. Jadi dia mengambil keputusan menyerang Muhyiddin. 

Langkah presiden sudah berjaya dan Ahmad Zahid tahu dia akan kehilangan kuasa. Pada hematnya ia lebih berbaloi hilang jawatan daripada menghabiskan sisa hidup dalam sel.

Jika Kj memilih bertanding dalam naib presiden, dia akan berada dalam kem Zahid, Mat Hassan. Amat mustahil Kj tidak mendapat undit terbanyak jika dia berada dalam kem presiden.

Bayangkan jika Kj dalam jawatan Ahmad Sabri ketika ini. Perdana menteri termuda dan akan menarik golongan muda menyokong umno. 

Ekonomi.

Korridor ekonomi diilhamkan ketika Pak Lah menjadi perdana menteri dan ia masih berjalan sehingga kini. Jika idea ini dicetuskan oleh budak tingkat 4, ia adalah buah tangan Kj.

Kj sudah membekukan "ekonomi" ketua-ketua umno. Pemberontakan kepada presiden bermula apabila Kj mencatu bajet kempen pru12. Kemelesatan ekonomi pada tahun 2008 adalah kemuncak kemarahan ketua bahagian kerana Pak Lah dianggap tidak wibawa mengurus kewangan.

Dari segi ekonomi, tiada pembuktian Kj benar-benar berkaliber. Jika ketika itu pemotongan subsidi diatur dengan lebih terurus, mungkin rakyat akan menerima. 

Jika ekonomi Pak Lah ialah bayangan ekonomi Kj, ia dilihat gagal. 

Kj mengurus negara seperti mengurus syarikat. Dia memotong belanja tapi tidak pandai untuk meningkatkan pendapatan. Dia beranggapan jika kerajaan tidak berbelanja maka kerajaan ada duit walhal negara berfungsi sebagai pengeluar untuk merancakkan ekonomi. Dasar ekonomi Kj telah menyebabkan ekonomi negara kaku.

Walaupun begitu, Kj seharusnya diberi peluang ke peringkat lebih tinggi untuk dinilai.

No comments:

Post a Comment