Thursday, December 23, 2021

Home Surveillance Order

Home Surveillance Order.

Bila mana duduk serumah dengan mereka yang positif, Mysejahtera akan memaparkan status ini. Demi menjaga keselamatan orang lain, ramai akur dengan arahan kerajaan.

Persoalannya, jika satu rumah kena kuarantin, siapa yang akan membeli keperluan. Orang kaya tidak apa, tekan applikasi makanan sampai di rumah.

Jiran? Pengalaman kena kuarantin tidak semula jiran boleh membantu. Minta tolong pun kena hulur juga. Jika ada duit, semuanya ok.

Tanpa penempatan kuarantin, kerajaan sudah banyak menjimatkan belanja. Dengan penjimatan yang begitu banyak, sepatutnya kerajaan boleh memberi bakul makanan atau duit belanja bagi mengurangkan beban pada mereka yang terkesan.

Bila orang yang membuat keputusan dari kayangan maka dia tidak tahu apa erti kehidupan kais pagi makan pagi.

Sebelum ini Kj mengeluarkan kenyataan begitu angkuh, tanpa booster vaksin dianggap tidak lengkap. Vaksin tidak lengkap maka kita tidak dibenarkan bekerja. Undang² ditangan sendiri. 

Kalau keputusan kerajaan tepat, kenapa sinovac tidak memberi kesan yang baik pada varian omricon? Kenapa keberkesanan vaksin sinovac menurun pada satu tempoh? Barat suruh vaksin sepanjang tahun lalu kita pun akur?

97% rakyat sudah divaksin, tapi kenapa bilangan kematian harian masih tinggi? Dua hari lepas seramai 57 orang meninggal disebabkan covid.

Kj orang yang energetic tapi jika mentadbir negara, dia tidak akan fikir orang kg. Dia bantu orang parlimen dia pun disebabkan mahu kekalkan kuasa.

Dekad ini ramai sudah tidak mempercayai kewibawaan kerajaan. Bantuan banjir, kelam kalibut. Yang mereka tahu, statistik covid akan meningkat. Mati kerana banjir tak nak komen?

No comments:

Post a Comment