Wednesday, December 22, 2021

MKN atau NADMA

MKN atau NADMA.

Sehari sebelum banjir besar melata, hujan turun seharian. Masa itu pihak yg bertanggungjawab boleh membuat mesyuarat tergempar, bukan sudah banjir menteri membuat majilis perasmian misi menyelamat.

NADMA kata bukan dirinya, belanja banjir terlalu besar. Bila MKN bersuara, bunyinya sumbang. Perebuatan kuasa siapa pengerusi Selangor.

Semasa banjir di Penang, pukul 3 am Guan Eng menelefon Ahmad Zahid meminta bantuan kerajaan pusat. Tapi di Selangor, Amiruddin hanya meminta bantuan sehari selepas banjir melepasi bumbung rumah.

Prosedur menangani banjir bukan seperti peperangan, menangani banjir perlu mengikut hiraki kuasa. Pejabat daerah, SUK dan pusat. Mungkin Amiruddin keliru dengan prosedure bagaimana menangani banjir.

Rakyat Malaysia prihatin, rakyat Malaysia juga ramai pandai meminta-minta. Eh.! kau tak kena banjir bla bla.... 

Antara babak yang kita tidak mahu dengar dan lihat, diberi nasi lemak mereka mahu makan nasi kandar. Bila kita datang membantu bersihkan rumah, tuan rumah jadi mandor.

Semua orang maklum, banjir melelahkan. Sukarelawan datang hanya membantu, menolong meringankan beban. Bukan jadi hamba untuk bersihkan rumah kau.

Banjir tempat longgokan baju lama, ini pun satu hal. Samada ianya masih elok tapi orang Shah Alam dari kayangan, entahlah.

Hakikatnya Allah (سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى) sudah menegur. Di Mentakab tidak ada hujan tapi banjir seperti dua hari hujan tidak berhenti.

Banjir kali ini juga menilai prestasi kerajaan dan MP setempat. Belum jadi menteri pandai beri bantuan, dah jadi menteri bayang tidak kelihatan. 

Hakikatnya rakyat jaga rakyat.

No comments:

Post a Comment