Monday, March 14, 2022

Terbukti umno masih abang besar

Bibit kemesraan Pas dengan Bersatu bermula PRN Sabah. Selepas itu kemelut politik di Perak Pas menyebelahi Bersatu dan akhirnya mereka bersama di Melaka dan Johor.

Jika mahu umno ditumbangkan, perlu ada jajaran baru di blok pembangkang. Jika pakatan di Johor masih dikekalkan, Umno ada harapan menjadi kerajaan walau dengan majoriti mudah.

Selepas prn Johor tidak mustahil akan wujud jajaran baru atau PH 2.0 tapi tanpa pejuang. Dengan semua kerusi yang ditandingi kehilangan deposit, kehadiran pejuang tidak memberi nilai tambah.

Jika PH 2.0 wujud, siapa akan mengetuai gagasan itu? Anwar atau Muhyiddin?

Adakah Pas mahu bersama PH atau mengambil pendekatan dengan bernegosiasi seperti Muda dalam PRN Johor?

Tapi isunya tetap sama, siapa akan menjadi PM jika mereka menang pru?

PAS.

Jika PN (PAS) bersama dengan PH tidak ada bezanya mereka bersama dengan Dap. Jika Pas mengikut jalan ini mereka hanya membontoti kehendak Bersatu sedangkan akar umbi Pas mahu bersama Umno.

Jika MN diperkuatkan, MN akan mendapat 2/3 kerusi dan hanya Selangor menjadi kawasan kelabu.

Daripada menyatakan politik negara seperti di India, lebih sedap kita sebut sebagai politik dinamik.

Oleh kerana Kedah dan Perak masih ada kerajaan campuran, talian MN masih ada. Denyut ini mungkin akan digunakan oleh Pas berbanding dengan bekerjasama dengan PH.

Di Johor Bersatu tumbang, jadi parti ini tidak mampu untuk memberi kemenangan di negeri lain. Bersatu adalah parti penumpang. Jika Pas bersama MN, parti ini akan mendapat lebih banyak kerusi parlimen dan mendapat MB di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Jika dinilai dari ucapan Sanusi, sebenarnya Pas masih mengharap MN diperkuatkan semula. Tidak mustahil Pas akan meninggalkan PN jika Muhyiddin mengharap ehsan PH.

Pas parti lalang untuk mendapat maanfaat.

No comments:

Post a Comment