Thursday, March 17, 2022

Beri peluang pada Muafakat Nasional

Jika umno bergerak solo parlimen boleh dibubarkan, selewat-lewatnya Jun. Kemenangan Johor bukan penanda aras tetapi pembubaran secara mendadak tidak memberi masa kepada seteru membuat persiapan.

Jika umno bergerak dalam MN pru boleh diadakan pada penghujung penggal.

Jika semua seteru umno dalam satu jajaran, umno tidak ada harapan untuk mentadbir. Tetapi adakah ianya baik dalam konteks pentadbiran?.

Gabungan.

Sebelum ini BN terdiri daripada pelbagai parti, terbukti kerajaan kekal stabil walaupun banyak parti dalam satu pentadbiran.

PH (PKR, DAP, AMANAH) + MUDA satu gabungan lebih mendominasi pengundi dari jajaran politik. Jika Warisan akan bergabung di Sabah, ia akan memberi nilai tambah.

PN (BERSATU, PAS, GERAKAN). Gabungan ini agak ideal tetapi kekuatan Bersatu tidak dapat menandingi jentera UMNO.  Mereka akan kekal mentadbir di Kelantan, tetapi terpaksa bekerja lebih keras di Kedah dan Perak. Tidak ada peluang di negeri lain. 

MN (UMNO, PAS) gabungan ini lebih menafikan impian gabungan lain. Mungkin PH akan kekal di Selangor sahaja.

PH + PN jika jajaran ini berjaya dibuat, keadaan umno tidak banyak berubah atau bilangan kerusi umno akan berkurang.

Jika jajaran politik kekal seperti sekarang BN vs PH vs PN, keputusan selain di Kelantan ianya lebih tertumpu BN atau PH. Jadi PN hanya sebagai Third Force.

PN ada kemenangan di Kedah, Perak dan Terengganu tetapi ianya bergantung kepada Pas.

Walaupun PH + PN boleh mendapat 2/3 kerusi parlimen, pakatan ini tidak boleh menjadikan kerajaan stabil berbanding dengan MN.

Kenapa.

Asalnya Bersatu adalah PH dan Pas juga dari Pakatan Rakyat. Parti ini pernah bekerjsama ternyata ia mereka gagal dalam membentuk persefahaman. Jika mereka berjaya membentuk kerajaan sekalipun,  perang dingin akan menyebabkan banyak kegagalan kepada dasar.

PH + PN + Warisan, siapa akan menjadi PM. Anwar sudah pasti mahu dan masakan Muhyiddin berdiam diri sedangkan sebelum ini dia seorang PM?

Kesihatan PH bukan sihat seperti dulu. Pada PRN Johor PKR menggunakan lambangnya sendiri. Ini bermaksud mereka dalam krisis. Dan hari ini Lim Guan Eng memberi kenyataan Rafizi bertanding kerusi presiden.


Amanah adalah parti tajaan DAP dan di PRN Muda mendapat sokongan penuh dari parti ini juga. Kenyataan terbaru dari LGE itu rentetan desakan Anwar mengundurkan diri menjadi Pengerusi PH. Kemungkinan untuk PKR keluar dari PH hanya bergantung dengan masa.

Jajaran parti pru15 boleh berubah, PH (tanpa PKR) + PN boleh wujud tapi adakah Pas boleh menerima Dap?

Andaikata PH + PN menjadi kerajaan, ianya masih dibelenggu dengan kestabilan. BN + PKR + Pas mungkin akan wujud jika jumlah kerusi yang dimenangi boleh membentuk kerajaan.

Kesimpulannya, hanya Muafat Nasional pakatan yang stabil untuk mentadbir kerajaan dengan baik. Masa banyak dibuang dengan pelbagai gabungan dan ianya akan terus berlaku jika penyokong parti masih tidak sedar beras di dapur sudah kosong.

ps: nk baca singkatan gabungan pun dah pening, klu jadi kerajaan lagi kan.

No comments:

Post a Comment