Friday, March 18, 2022

Pinjaman SRC KWAP tidak rugi

Seringkali kita membaca Najib mencuri duit pencen, KWAP. Betul ke Najib songlap duit KWAP?.
Kwap tidak pernah membuat sebarang kenyataan kerajaan tidak membayar pinjaman RM4 billion yang dipinjam oleh SRC. Sebaliknya SRC telah memfailkan saman kepada bekas pengurusan mereka termasuk Najib selaku penasihat. Bermakna KWAP mendapat untung dari pinjaman tersebut.

Bagaimana kalau kerajaan tidak bayar hutang tersebut.?

Tengku Zafrul mengesahkan bahawa kerajaan membayar hutang tersebut. Jadi tidak timbul KWAP rugi kerana pinjaman tersebut. 

Daripada $4 billion itu RM42 juta Najib masuk akaun bank Najib. Disini isunya KWAP tidak rugi seperti yang dikatakan orang.

Kehilangan duit itu (SRC) sudah dibicarakan dan Najib dalam proses rayuan, terpulang kepada mahkamah membuat keputusan dimana yang terkini panel 3 hakim menolak bukti baru. Jika Najib gagal dalam proses rayuan, dia akan menjalani hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta.

Dalam kes pelanggaran undang-undang satu kesalahan boleh membawa banyak pertuduhan. Sebab itu dalam kes SRC, Najib didakwa beberapa pertuduhan, penggubahan wang haram, salahguna kuasa dan pecah amanah.

Pertuduhan sesesorang yg terdakwa (OKT) bergantung pada pendakwa (DPP). Contoh, bekas AG hanya mengenakan denda kepada anak seorang VIP kerana menanam ganja walhal pendakwa boleh mengenakan pertuduhan di bawah panel code. 

No comments:

Post a Comment