Saturday, March 19, 2022

Majikan Malaysia memang kedekut

Benar atau tidak majikan di Malaysia kedekut?.

Ramai majikan mengeluh ura--ura  kerajaan mahu meningkatkan kadar gaji minimum $1,500 sebulan. 

Jangan guna bahasa akademik, sembang mamak lebih mudah untuk kita faham.

Paling latest sebelum pandemik laporan BNM 2019 menyatakan kadar upah berbanding pengeluaran tidak selari. Maksudnya tokey kaya tapi pekerja papa.

Kita kupas laporan itu sedikit kerana terdapat 2 point. 

  • Gaji tidak sepadan dengan keuntungan
  • Peluang kerja berkadar bergaji rendah lebih tinggi
Semua manifesto parti politik pada pru 2018 ialah untuk menaikan gaji kerana pada masa itu gaji yang diterima tidak mampu untuk manampung kos sara hidup. Pada masa itu COL ( Cost Of Living) meningkat akibat kerancakan ekonom. Inflasi meningkat telah melemahkan kuasa membeli.  

Lalu pada tahun itu kerajaan melalui KPDNHEP menubuhkan taskforce COL dan mereka dapati kenaikan harga barang melibatkan 5 teras. Pengangkutan dan kediaman penyumbang utama kenaikan kos sara hidup.

Sebab?

Pada masa itu penjawat awam menikmati kenaikan gaji yang baik kerana pendapatan kerajaan meningkat hasil daripada kutipan gst. Sebaliknya majikan swasta tidak mampu memberi kenaikan gaji kerana dikatakan gst telah meningkatkan kos pengeluaran.

Apabila ada permintaan yang tinggi dari penjawat awam maka harga keperluan naik mendadak termasuklah harga rumah yang telah melantun tinggi.

RM1,500 sebenarnya nilai upah yang tertangguh selepas kemelesatan ekonomi 2016. Jika tidak percaya, inipati tulisan berkisar pada tahun 2016-2019 walhal artikel ini ditulis pada tahun 2021.

Berbalik dengan isu majikan kedekut.

Bagi kadar pekerja baru peningkatan dari $1200 ke $1500 adalah 25% sedangkan purata kenaikan tahunan sekitar 5%. Maka kerja sudah 5 tahun tetapi gaji asas hampir bersamaan dengan pekerja baru. Diringkaskan kerja dah 10 tahun tapi gaji masih dibawah $2000 dan sudah terbeban dengan tanggungjawab.

Itu yang dikatakan bayar rumah pangsa, kenderaan, belanja dapur dan akhirnya duit dalam poket tinggal $100.

Sebenarnya kenaikan gaji mininum hanya menguntungkan pekerja baru. Sebelum tahun 2000 tiada kenaikan ketara pada basic gaji. Biasanya kenaikan tahunan dan review CA mampu untuk menyelaraskan kenaikan gaji asas tapi berlainan selepas era millenium.

Sepatutnya kenaikan gaji minimum harus diselaraskan juga kepada keperluan pekerja lama tetapi ianya tidak berlaku. Ini terbukti banyak pengurusan syarikat glc enggan memberi kenaikan apa yang sepatutnya.

Kesimpulannya kenaikan gaji minimum hanya menguntungkan warga asing bukan pekerja tempatan. Perlaksanaan gaji minimum juga bukti bahawa ramai majikan Malaysia membayar upah dibawah paras yang sepatutnya.

Disisi lain, dengan kenaikan gaji minimum kerajaan sepatutnya meningkatkan mata agregrat cukai LHDN kerana pendapatan garis kemiskinan sudah meningkat.

Pada pekerja swasta, jangan galak membuat overtime, nikmati hidup bersama keluarga dan tunggu kemunculan Brim, BSH atau BKM. Itu lebih baik daripada penat lelah engkau dikenakan cukai.

No comments:

Post a Comment