Saturday, March 19, 2022

Tiada keperluan Akta Anti Lompat Parti

Kalau dulu Ibrahim Ali raja katak, selepas pru14 ramai MP lompat ke sana ke mari. Lucunya ia dilakukan oleh blok parti yang memperjuangkan integriti. Hampir semua MP Bersatu ialah katak politik. 

Akta Anti Lompat Parti sepatutnya tidak boleh dilaksanakan kerana ianya tidak selari dengan perlembagaan seperti penghujahan Nordin Salleh ( Sungai Pinang) sebagai precedent case.

Secara peribadi aku setuju dengan penghakiman Nordin Salleh kerana politik itu pada dasarnya mengikut tengkuk sendiri.

PRN di Johor menyaksikan semua kerusi yang ditandingi Pejuang hilang deposit. Bagi mengelakkan ianya terjadi di kerusi Jerlun, Pejuang cuba mencari rakan pakatan. 

Disini apa beza MP tukar sokongan dengan parti tukar pakatan? 

Walaupun akta anti lompat parti mahu mengekang pencabulan institusi parlimen tetapi ia tidak menggambarkan demokrasi sebenar. 

Sekarang ini ketua pembangkang mendapat kemudahan seperti menteri sebagai balasan mendatangani perjanjian keyakinan dan pembekalan (CSA). Apa bezanya duta bertaraf menteri dengan ketua pembangkang, sama-sama menerima rasuah kan.

Jika diperhalusi anti lompat parti adalah tidak relevan kerana justifikasi menyokong dan tidak menyokong terlalu besar dan boleh dibuat pelbagai cara. Dan lebih membimbangkan ia akan menjadikan presiden parti sebagai kuku besi.

Contoh.
  • Keluar parti tidak memasuki parti lain, MP bebas dengan sendirinya berhak untuk menyokong atau tidak.
  • Semua MP berhak membuat keputusan walau tidak mengikut parti. Adakah dengan pemecatan dikira keluar parti dan terikat dengan akta anti lompat?
  • Jika keluar parti atau MP tidak menyokong parti adakah dengan sendirinya MP gugur? Adakah ia selari dengan perlembagaan?
  • Adakah dengan mengikut parti (Yes Bos) amalan demokrasi sedangkan parlimen adalah lambang demokrasi.
Sebenarnya terlalu banyak situasi dan ia menjadikan demokrasi atau parlimen kucar kacir. Ini kerana banyak seni dalam politik. Contoh, CSA, lantikan jawatan adalah rasuah terang yang tidak boleh didakwa.

Lompat parti terjadi kerana politikus di Malaysia kembali berada di zaman jahiliyah. Keterlaluan jika aku katakan ianya terjadi kerana rakyat taksub dengan politik dan pemimpin.

Situasi ini akan kembali jika rakyat kembali berfikir dengan waras.

No comments:

Post a Comment