Sunday, March 20, 2022

Wakil Sabah membawa isu air dan elektrik.

Ucapan wakil Sabah di persidangan umno baru-baru ini mengeluh negeri sangat memerlukan kemudahan air dan elektrik. 

Tiada negeri dari malaya membahaskan kemudahan asas ini. Adakah benar Malaya merompak kekayaan Borneo seperti yang ditanggapi oleh orang Sabah dan Sarawak?.

Memajukan negeri adalah tanggungjawab kerajaan negeri, kerajaan persekekutuan hanya membantu dari segi keperluan, kemudahan yang memerlukan kos yang besar atau perlaksanaan projek mega sebagai pemangkin. Contoh projek koridor, pelabuhan, penapisan (PENGERANG).

Contoh:

Flyover atau jajaran jalan seperti Pan Borneo biasanya federal akan memberikan peruntukan melalui bajet, biasanya mengikut RMK. Pembinaan sekolah dan dll tidak terkecuali, sebarang kelulusan diluar bajet dibolehkan dan kerajaan akan memohon peruntukan tambahan.

Kenapa contoh bukan kemudahan air?

Sebelum wujudnya SPAN air diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri dan strukturnya bergantung dengan perbincangan diantara kerajaan negeri dengan SPAN. Ada dua pilihan yang diberikan oleh SPAN. 

  1. Kerajaan negeri meminjam (dana) dari federal
  2. Federal membeli aset kerajaan negeri dan sewa semula (pajakan 45 tahun)

Sebab itu ada negeri hutangnya bertambah dan berkurang walaupun ia sebenarnya bukan kira hutang rasmi. Hutang Penang berkurang bukan kerana Guan Eng cekap tetapi hutang ditukar dengan aset air. 

Sabah dan Sarawak tidak terlibat dengan penstrukturan SPAN.

Dari kenyataan Bung Mokhtar (menteri insfrastruktur) Sabah memerlukan RM12 billion bagi membekalkan air di negeri itu. Nilai itu bukan sedikit bagi sebuah kerajaan negeri.

Jika Sabah mahukan dana boleh memohon pimjaman atau memajak asetnya kepada federal. Tapi harus diingat, orang Sabah bukan seperti orang malaya yang terpaksa patuh dengan undang-undang. 

SESB (Elektrik Sabah) bertahun-tahun mengalami kerugian dan akhirnya syarikat ini terpaksa diambil alih oleh TNB. Penyumbang utama kerugian ialah aktiviti mencuri elekrtrik yang dipelopori oleh warga asing.

Satu hari nanti jika SESB dipulihkan orang Sabah akan melabel TNB merompak ekonomi. 

Jika SESB gagal kemungkinan kerajaan negeri menanggung hutang (beban) tetap ada. Semuanya terpulang kepada kerajaan negeri untuk membuat pilihan.

Susah negara ini melangkah kerana keamaan negara ini terlalu fragile. Banyak isu kepentingan peribadi (politik) mendepani diri berbanding rakyat.

No comments:

Post a Comment