Monday, March 21, 2022

Rafizi ComeBack

Dalam temubual comeback Rafizi penekanan utama sebenarnya ialah naratif dan beban kepada Anwar selaku presiden. Apa yang dikatakan oleh Rafizi benar belaka dimana tidak ada seorang pun membantu Anwar dalam menguruskan parti.

Kelopongan ini kerana kekosongan kerusi timbalan presiden dan hanya Tian Chua selaku naib presiden menjalankan tugas. Sekarang ini Tian Chua tidak mendapat tempat dalam PKR kerana Tian Chua dari kem Azmin Ali dan Zuraida. Jadinya umpama permainan bola sepak, bola dari defender terus dihantar ke striker kerana tidak ada midfielder. 

Naib Presiden : Nurul Izzah (berehat) sementara Zuraida dan Xavier (Bersatu). 

Clip ini sesuai sebagai intipati ucapan Rafizi. 

Jika sebelum pru14 Rafizi mengaku jika mahu menjatuhkan BN serangan harus ditumpukan kepada Rosmah. Pencapaian Najib terlalu sukar untuk disanggah.

Dalam klip ini dia juga dia jujur mengakui bahawa BN banyak membuat kerja tetapi zaman sekarang sokongan bukan dari hasil kerja tapi naratif atau persepsi.

Ketiadaan Rafizi tiada lagi minyak $1.50, pendidikan percuma dan pelbagai lagi formula ajaib. Walaupun tidak logik tetapi pandangan (naratif) kepada parti sebagai parti yg memperjuangkan rakyat itu yang utama. Ia umpama membina ilusi seperti mana harga minyak $1.50.

Betul atau tidak, laksana atau tidak segalanya tidak penting. Yang penting ialah ianya diminati oleh rakyat dan mendapat sokongan. Dia mahu membina crawd seperti sebelum pru lalu.

Medsos dan cara berfikir.

Kak KM (anak seorang pelakon) terlalu negetif bagi seorang melayu Islam. Tetapi dia boleh kaya dengan kecaman. Zaman sekarang menunjuk kekayaan untuk lebih kaya walhal menunjuk kekayaan sikap Qarun yang dilaknat. Ternyata scene seperti ini yang mendapat tempat dan diminati orang.

Agaknya apa yang mahu dilakukan oleh Rafizi.?

Sekarang ini ada desakan agar Anwar berundur. Jadi dia harus meningkatkan (polish) populariti Anwar. Pada masa yang sama dia akan membuat serangan gerila kepada umno dan akan menyatukan pembangkang supaya PKR kembali boom.

Umno (BN) vs pembangkang memang perlawanan tidak adil.

Langkah gerila politk ialah menyatukan pembangkang seperti PH. Ianya sudah dilakukan diantara PH dan PN namun tiada hasil (persetujuan) dalam pertemuan itu.

Kekangan pembangkang (termasuk PN) ialah siapa harus lead pakatan itu. Sudah pasti masalah itu pada Anwar dan Muhyiddin. Oleh sebab itu pertemuan pertama menemui kegagalan.

DAP tidak ada masalah dengan Muhyiddin walaupun pedih untuk menerima pengkhianat sebagai rakan. Dap terpaksa kerana Dap tahu PKR tidak mampu menumbangkan umno. Hanya Pas dan Bersatu boleh memberi sokongan (undi melayu) kepada mereka.

Namun Anwar tidak mungkin akan melepaskan teraju kepimpinan kepada Muhyiddin. Jadi jika Rafizi berjaya polish politik Anwar, Muhyiddin akan mengalah. Dalam politik (leader) popular itu penting untuk menarik sokongan.

Kenapa Muhyiddin akan mengalah?.

Bersatu hanya akan menang di kawasan Pas tetapi tidak di kerusi sendiri. Muhyiddin tahu menjadi kerugian kepada parti jika mereka tidak bergabung dengan PH. Warisan sudah pasti akan menyertai PH kerana terbukti parti ini tidak ada kekuatan untuk bergerak sendiri. Jawatan pengerusi PH akan dipegang oleh Muhyiddin dan akan menjadi penasihat ekonomi (bertaraf menteri) seperti sekarang ini.

Bagaimana dengan Pas.

MN hanya dalam status 'koma' belum noktah. Mungkin Pas akan kembali kepada MN atau secara solo atau kemungkinan kecil akan membuat jajaran dengan gabungan pembangkang.

Situasi ini akan mengakibatkan umno (BN) kalah. Oleh sebab itu umno mencari jalan agar parlimen dibubarkan seberapa segera agar pakatan pembangkang tidak terjadi.

Jika umno kalah lagi dalam pru akan datang, sukar untuk umno bangkit. Dap tidak akan membuat langkah yang serupa (gelojoh) dalam membuat kerja. 

Contoh, mereka tidak akan membuat serangan ekonomi orang melayu tetapi apa yang dia buat ialah berbuat baik seperti mubaligh kafir.

Pakatan ini hanya boleh dihalang dengan Muafakat Nasional atau pru dibubar selepas Aidilfitri.

No comments:

Post a Comment