Thursday, March 24, 2022

Pembangkang bukan ada otak sangat

Modus operandi pembangkang (PKR) ialah menyerang dan terus menyerang walaupun dalam isu sekecil Najib tidak membayar saman langgar sop. Serangan yang bertali arus tidak membenarkan rakyat berfikir dan akhirnya akan membentuk naratif negtif pada umno.

Politik seperti ini merugikan rakyat. Penumpuan mereka hanya untuk memerintah dan berkuasa. Jika Ketika PH menjadi kerajaan mereka kelentong dan akhirnya mereka kantoi.

Kenaapa.

Pelabur memerlukan fakta, kredibiliti dasar dan kestabilan politik, bukannya auta dari kerajaan. Pembangkang boleh kata apa sahaja kerana mereka tidak ada tanggungjawab dan kata-katanya tidak menjadi dasar.

Mengambil satu contoh.

PH beranggapan mereka menolak usul sosma adalah bukan dalam obligasi yang dipersetujui dalam CSA. Pelanggaran dalam MOU kerajaan mereka ambil mudah, mereka boleh berbahas tetapi pelabur melihat politik Malaysia berekecamuk.

Trowback, sebelum memerintah (2018) mereka mahu menghapuskan sosma tetapi apabila berkuasa Muhyiddin selaku menteri dalam negeri mereka tidak mahu menghapuskan. Semalam (RABU) mereka menolak usul lanjutan sosma. Hari ini dalam parlimen Anthony cuba menyakinkan parlimen PM tidak jatuh kerana sosma belum ditolak.

Memang benar kerajaan tidak jatuh kerana ianya bukan sifat usul pembekalan. Ianya pernah terjadi di parlimen British semasa British mahu keluar dari EU. Tetapi kredibiliti PM dan sokongan kepada PM diragui, sekalipun ada usul undi percaya kepada PM ianya terlalu fragile. Dan akhirnya Theresa May meletak jawatan.

Pelabur tidak mahu game politik dalam kerajaan. Mungkin PH terlajak dengan undi belah bagi sepatutnya mereka ada kredibiliti sebagai pembangkang. Bukan sekejap setuju sekejap menentang, tidak konsisten dalam keputusan.

Bagaimana kalau dia menjadi menteri, troll (sindir) pun tidak faham. Tapi kerana pengikut mereka tidak mahu gunakan akal maka ketua pengawas yang bertali leher ada potensi menjadi timbalan menteri.

Kebijaksanaan.

Masalah Sapura memang perlu diperhalusi. Bukan kerana mahu sewenang-wenangnya bailout tetapi ianya melibatkan ekonomi yang besar dan kerugian dalam pelaburan masyarakat.

Pelaburan PNB dalam Sapura dibawah PH dan sekarang Sapura terjerat dengan masalah Capex. Sapura ada potensi dalam perniagaan tetapi tidak pasti apa permasalahannya. Mungkin berpunca dari penurunan harga minyak (2016) dan berlarutan kepada covid.

Mungkin.. mungkin.

Anak Atok (Mokhzani) telah melupuskan saham dalam Sapura dan PNB disuruh mengambil share tersebut. Hasil penjualan tersebut Mokhzani mendapat $4 billion. Kerana kes ini bank telah mengenakan syarat kepada bekas CEO (Share Holder) Tan Sri Shahril untuk kekal dalam syarikat. 

Apapun Sapura adalah syarikat yang berpontesi dalam perniagaan dan banyak vendor dibawahnya. Vendor berstatus  bumi bukan perkara pokok tetapi dalam konteks ekonomi dan kerugian, masalah Sapura perlu diteliti.

No comments:

Post a Comment