Friday, March 25, 2022

Ilmu semakin sedikit tapi berkembang


Politik satu bidang kerjaya sama seperti bidang kerjaya yang lain. Politician ini boleh disamakan dengan artis. Mereka perlukan gosip untuk popular atau kekal dalam industri. 

Ilmu semakin sedikit tapi ia berkembang, cantik ayat UAI. Ahli politik juga begitu. Mereka semakin ramai tetapi tidak berbakat dalam berbakti untuk negara.

Harga barang naik sebab gst, mansuh gst harga barang tidak pula turun. Janji pru rakyat akan dapat semua free, tapi apa yang rakyat dapat mcm beli barang di Shopee.

Bapa formula songsang kembali, bahaya dia ini. Melabel dajjal keterlaluan tapi dia tidak ubah seperti Buang dalam filem sarjan Hassan.

Pengkhianat bukan Rafizi tetapi geng tebuk atap. Inilah politik, semua isu ada jawapan. Kita akan nampak tidak ada yang betul dan tidak ada yang salah. Jadi siapa yang betul?

Dalam politik tidak ada yang betul. Ini yang harus dipegang oleh minda kita. 

Minda kita dalam kepompong. Yang kita mahu orang kaya naik basikal sedangkan sepatutnya biarlah mereka kaya dan membantu orang miskin membeli kereta. Umpamanya begini. Menteri disuruh redah banjir walhal sepatutnya menteri duduk dalam pejabat uruskan bantuan. Kalau menteri redah banjir siapa nak arahkan bantuan?.

Banyak keberhasilan ditimbus dengan fitnah (cerita negetif). Sebagai contoh ekonomi negara berkembang, faktanya indeks bursa. Bila ditimbus dengan cerita manupulasi hutang, seakan kerajaan (umno) gagal mentadbir walaupun rata-rata semua pekerja sektor awam boleh membeli honda.

Umno mentadbir baik, bukan bermaksud begitu. Umno banyak cacat celanya tetapi bila pembangkang (PH) dapat berkuasa melalui tipu daya adakah ianya lebih baik dari Umno?.

Formula petrol $1.50 kerana negara pengeluar minyak, bila menjadi kerajaan harga sawit pula yg turun. Dikala bonus entiti pelaburan menyusut boleh pula mereka berebut kuasa. 

Ini bukan cerita Rafizi tapi cerita politik negara tidak memberi maanfaat pada rakyat. Rafizi membidas Najib sebab dia mahu bertanding jawatan timbalan presiden. Nak popular cepat kena tag orang yang popular.

Kenapa Najib yang dibidas sedangkan dia bukan lagi perdana menteri?.

Orang seperti Rafizi hanya mengambil kesempatan dengan kelemahan orang yang berfikir sekerat-sekerat. Membuat persepsi dari manipulasi fakta asas. Contoh, bailout Sapura Energy. 

Syarikat ini kroni Najib atau anak Mahathir (dahulu)?. Orang nampak syarikat ini kroni Najib walhal dahulu banyak penganugerahan tender oleh Tun kerana anaknya (Mokhzani).

Cadangan Najib bailout kerana banyak intitusi kewangan dan pelaburan bumiputera mempunyai pegangan dalam syarikat. Point kedua syarikat ini mempunyai potensi untuk dipulihkan. Mereka ada business dan aset. Dalam konteks negara jika ianya boleh dipulihkan, banyak vendor dan pekerja yg dpt maanfaat dan hasil pelaburan juga dapat dinikmati kerana keuntungan dalam industri oil & gas agak tinggi.

Bila sudah anti Najib apa cadangan Najib dibakul sampahkan. Bila ditanya lebih dalam, entahlah, tak tahu la, pening la, last² dia akan cakap seperti 1mdb. 😆

Faham kenapa orang jenis Rafizi mendapat sokongan. 

Orang tak nak bail out sebab mahu padan muka golongan elit walhal diri sendiri ada pelaburan dalam syarikat. ASB dan KWSP milik siapa? Bukankah Maybank dimiliki oleh khazanah?

Banyak sebab kenapa orang berfikir sekerat-sekerat. Ada yang iri hati, ada yang disebabkan politik, ada yang fikir membaca ilmu Rafizi jadinya keputusan itu tidak dinilai dari fakta yang sebenar.

Jangan fikir akhir zaman nak ikut siapa kalau diri sendiri masih tertakluk dengan fikiran sekerat-sekerat.

No comments:

Post a Comment