Sunday, March 27, 2022

Siapa rakan subahat Jho Low?

Bagi kes SRC International Najib sudah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan sekarang masih dalam proses pembicaraan 1mdb. Walaupun skandal ini tidak boleh dirungkai melalui tulisan, takpe la kita susun plot cerita. 

Paris Hilton, DiCaprio, Megan Fox, Goldman Sachs, Bank Singapore (BSI) dan ramai lagi yang terlibat dalam skandal ini termasuklah Ambank. Ahmad Maslan antara yang dibebaskan setelah membayar kompaun $1 juta.

Pembangkang mempertikaikan keputusan makamah membebaskan anak tiri Najib (Riza Aziz) walaupun dia telah membayar $465.3 juta. Riza Aziz bukan dalang mahupun rakan sekomplot dengan Jho Low, dia hanya penerima duit haram seperti Jakel. Jakel tidak perlu memulangkan semula duit kerana jakel menerima bayaran atas urusniaga. Jika Sharir Samad didakwa kenapa Ibrahim Ali, Mustapa Mohamed dan Mas Emeryati tidak dipanggil untuk memulangkan duit 1mdb?.

1mdb bermula dari TIA.

Perancangan awal dana TIA diperolehi melalui terbitan bon $6 billion dan jaminan kerajaan (persekutuan) 5 billion mengikut pendapatan hasil minyak (future). 

Rekod tambahan dari perbicaraan SRC, Najib mengekalkan barisan lembaga pengarah termasuk Jhow Low kerana mereka sudah terlibat dari awal penubuhan awal syarikat. Jika Najib merancang untuk menyeleweng BOD ini harus ditukar agar keputusan BOD akan memihak kepada dia.

Masalah 1mdb sudah bermula sebelum kewujudannyaa. 


Roger Ng memberitahu makamah New York bahawa Jho Low adalah orang yang membuat keputusan dalam TIA selaku penasihat yang dilantik oleh Sultan Mizan. 

Sebelum TIA diperbandakan menjadi 1mdb, TIA dalam proses menerbitkan bon $5 billion (IMTN) melalui Ambank. Adakah penerbitan bon ini disarankan oleh Najib sedangkan syarikat itu masih dalam kendalian Jho Low?
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau mungkin salah ketika beranggapan Datuk Seri Najib Razak hendak meneruskan penerbitan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) oleh Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Seperti kenyataan saksi pendakwa sebelum ini semuanya bardasarkan "andaian" bahawa semua arahan dari Najib melalui Jho Low. Dalam kesaksian itu juga Ismee mengakui ketika itu Najib bukan dalam kapasiti yang boleh membuat keputusan. Terbukti Najib tidak mengarahkan TIA meneruskan IMTN apatahlagi merancang. Najib hanya wujud setelah TIA ditukar menjadi 1mdb.

Mencari dalang.

Sultan Mizan murka setelah mengetahui TIA mahu menerbitkan bon dan mahu ianya digantung sehingga beberapa syarat dipatuhi.

"Saya terkejut kerana sebelum itu Jho Low memaklumkan kepada saya bahawa DYMM Tuanku Mizan tiada halangan untuk meneruskan terbitan IMTN ini. Shahrol.

Jawapan Shahrol menggambarkan bahawa arahan Jho Low bertentangan dengan kehendak Sultan Mizan. Arahan kepada Shahrol adalah arahan daripada Jho Low.

Memetik prosiding saksi kelapan, Datuk Amhari ada menyebut Tuanku Mizan sudah tidak menyenangi Jho Low. Jika Sultan sudah tidak menyukai bermaksud Jho Low akan disingkirkan dan keadaan ini sudah dihidu Jho Low. Kemungkinan idea menukarkan TIA kepada 1mdb daripada beliau dan Najib masih beranggapan Jho Low adalah wakil Sultan Mizan.

Jho Low terlalu licik mempergunakan nama orang untuk mengarahkan orang membuat kerjanya. Terbukti Najib dan BOD hanya hamba kepada Jho Low. 

Dalam prosiding mendedahkan beberapa pegawai 1mdb harus dikenakan tindakan (penjara) kerana menipu perdana menteri untuk menandatangi satu perjanjian pelaburan (fraud). Di China orang seperti ini boleh dihukum tembak tapi di Malaysia mereka dibiarkan membiak.

Muhammad Shafee: Dalam imaginasi anda, adakah anda fikir Najib, PM ketika itu akan terlibat dalam mengarahkan bagaimana untuk menipu 1MDB? Bolehkah anda bayangkan? Ismee menjawab "Saya tidak fikir mana-mana PM mempunyai masa untuk itu”.

Memang benar seorang PM tidak ada masa untuk berfikir untuk membuat plot selicik ini termasuk membuat syarikat palsu yang sama nama. 

Kedua, kenapa pihak berkuasa tidak menyiasat orang yang memasukan duit 1mdb ke dalam akaun palsu milik Jho Low?. Dalam perbicaraan tidak ada kenyataan daripada pegawai kewangan bahawa akaun syarikat diragui dan mahukan penjelasan?

Jebakan.

Pada mulanya Zati menafikan aktiviti transaksi wang 1mdb. Setelah bukti dikeluarkan akhirnya beliau mengakui ianya dalam pengetahuan.

Kenapa Zeti menasihati Najib menggunakan akaun peribadi?.

Pada mulanya sukar untuk menjawab persoalan itu, tapi setelah SD pengakuan Tawfiq Aiman (suami zeti) dan anaknya untuk memulangkan duit 1mdb maka terjawab sudah penggunaan akaun peribadi Najib adalah jebakan kambing hitam.

Pada mulanya Taufiq Ayman menerima rompakan wang TIA bukan Imdb kerana TIA belum diperbadankan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa tiada perkaitan bukti antara dana yang diterima oleh Datuk Dr Tawfiq Ayman daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2008 dengan wang SRC International Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak.
Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram berkata SRC tidak wujud ketika Tawfiq menerima wang daripada dana kekayaan negara itu pada 2008. Tawfiq adalah suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Najib kalah dalam rayuan untuk memasukan bukti baru dalam kes SRC. Hakim tidak terkhilaf dalam membuat keputusan kerana "penyelewangan" Iron Rapsody bermula dari 2008 iaitu sebelum kewujudan 1mdb apatahlagi SRC. Ini membuktikan bahawa suami Zety sudah terbabit lebih awal dalam skandal 1mdb.
Polis Singapura pernah membuat makluman kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung transaksi mencurigakan daripada ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, kepada syarikat milik suami dan anak lelaki Zeti Akhtar Aziz, ketika dia masih menjadi gabenor bank tersebut.

Laporan The Edge menyatakan dokumen dan komunikasi daripada Jabatan Hal Ehwal Komersial Polis Singapura (CAD) pada 2015 dan 2016 ada mengongsikan maklumat transaksi melibatkan Iron Rhapsody Ltd kepada BNM.
Zeti tidak mengambil tindakan atas laporan polis Singapura kerana konflik kepentigan peribadi.

Daripada keterangan² saksi membuktikan Najib diperangkap dengan tersusun oleh segolongan orang. Najib berpotensi diperangkap kerana isterinya yang cenderung bermewahan dan memerlukan dana politik. 

Tawfiq Aiman bukan penerima dana tetapi adalah rakan komplot kerana beliau antara yang terawal menerima hasil. Orang yang berpontensi rakan komplot Jhow Low ialah Tawfiq, staff Goldman Sachs dan BSI Singapura serta dibantu oleh beberapa orang dalaman 1mdb yang memanipulasi Najib.

Sosok Putera Arab agak sukar diungkai kerana ianya dia tidak dibicarakan. Tetapi kemungkinan dia rakan Jho Low tidak boleh disangkal.

Jika perbicaraan akan datang membuktikan Najib memulangkan wang sumbangan putera arab, perompak memulangkan duit rompakan adalah sesuatu yang jangkal.

No comments:

Post a Comment