Tuesday, April 26, 2022

Wajarkah PH diberi peluang kedua?

Pru14 adalah kekalahan umno buat pertama kalinya. Mereka pembangkang bersepakat membentuk Pakatan Harapan, kecuali Pas yang bertanding seorang diri. Akan tetapi pentadbiran PH hanya bertahan 22 bulan sebelum Bersatu yang diketuai oleh Muhyiddin keluar dari PH dan membentuk kerajaan PN.

Mukadimah yang ditulis semua orang tahu. Tidak perlu diulas. Yang perlu difokuskan ialah apakah pengajaran yang diambil dari kisah yang lepas?


Tagline PH pada pru 14 selamatkan Malaysia memakmurkan negara. Pru14 dan pru15 niat mereka sama, menjatuhkan umno. Biasanya apa yg dibuat ialah niat, bukan tagline atau akujanji.

Khemah besar atau panggil apapun mereka tetap PH2.0. Fokus mereka hanya berebut kuasa dan mengagihkan jawatan. Manifesto bukan kitab suci. Kesusahan rakyat akan dijaja pada pilihanraya. Bila sudah menang yang disajikan untuk rakyat ialah rakyat harus berkorban dan berusaha.

Apakah kita sudah lupa?

22 bulan mentadbir ekonomi terus menjadi tidak mampan. Tidak ada satu dasar yang boleh diteruskan. Ambil contoh, tahun hadapan harga kereta tempatan akan naik 20% kerana kenaikan duti eksais. Cukai perlu ditingkatkan kerana banyak lubang tertitis dari sistem cukai SST.

Kereta sudah menjadi keperluan tetapi apabila 'dinasour' menjadi pemerintah apa yang dia nampak hanya rakyat tidak boleh dibiarkan senang. Siapa yang membesar tahun 90an mereka tahu kereta saga yang berumur 10 tahun harganya lebih tinggi berbanding harga sewaktu membeli. 

Jika pentadbiran Tun tidak pernah ditukar jangan mimpi gaji penjawat awam seperti sekarang atau kita mampu membeli kereta yang sedikit selesa.

Ini ialah contoh agar jangan terlalu memuja pentadbiran yang sudah berlalu.

Orang muda begitu galak untuk berbicara keperluan kepimpinan orang muda. Umur Ds Anwar sudah 74 tahun, mudakah beliau?

Bayangkan dalam khemah besar, semua Abang Long berkumpul. Seperti yang terjadi sebelum ini pasti akan berlaku lagi, perebutan siapa king kepada abang besar.

Ambil contoh dari sudut ekonomi.

Bayangkan jika PH menjual beribu hektar lagi tanah TH Plantition, berapa banyak kerugian pada pendeposit. Alasan mereka menjual kerana kejatuhan komoditi dan mengabitkan nilai rosot. Bukankah harga komoditi ada turun naik? 

Mujahid dengan selamba, keuntungan TH adalah kejayaan penstrukturan yang dibuatnya dahulu. 

Banyak lagi harus dfikirkan secara teliti. Tapi penyokong parti hanya mahu parti mereka menjadi pemerintah.

No comments:

Post a Comment