Sunday, May 15, 2022

Menang di mata masing masing

Najib dicemuh kerana satu gambar edit atau Astro Awani salah caption. Aku tidaklah pandai tapi tidaklah bodoh macam bendul kayu. Tonton debat tapi kau masih percaya dengan satu caption yg tidak berasas. Akhirnya aku ketawa kecil mengelakkan stress.


1- Najib tidak menjawab soalan Anwar isu inflasi tapi dibalas dengan BRIM. 
2- Bailout Sapura menyelamatkan kroni.
3- Forensic accaunting membawa mereka yang culas ke pengadilan atau membuat audit sebelum bail out.
4- Good governance.

Lebih kurang inilah komen yang disukai oleh penyokong Anwar.

Dah itu pandangan mereka, let be........ 

Pandangan aku Anwar berdiri di pentas untuk menembak Najib. Isinya tidak lebih dari itu. Najib pula mempertahankan dasar ekonominya, najibnomics. Ekonomi bukan sekadar peniaga kedai runcit, ianya lebih kompleks dari mengurus shopping complex.

Anwar mengambil contoh kes perwaja untuk menyalahkan umno tapi mengambil kredit bagi budget surplus selama 8 tahun semasa di menjadi menteri kewangan.

Semasa Anwar menteri kewangan surplus, partinya umno dan sudah pasti dia sebahagian dalam orang penting Mahathir atas kapisitinya sebagai timbalan perdana menteri. Salahkan umno tapi dia tidak? tapi bila ekonomi bagus, dia menteri kewangan terbaik dan kita percaya apa yang dia cakap. 

Forensic accounting, macam inilah. Yang membelinya PH yang salah kerajaan sekarang. Korang faham tak, yang membeli saham Sapura itu kerajaan PH melalui PNB, kwsp dan Maybank. Bukan duit kerajaan tapi duit pencarum dan pelabur. Kalau Sapura lingkup, dividen pelaburan kita kurang dan kerajaan juga rugi melalui saham dalam khazanah.

Gaji ceo sapura mahal Najib disalahkan. Sapura dibeli oleh PH 2019... saya ulang 2019. So sebelum 2019 Sapura adalah syarikat swasta. Apa kaitan swasta dengan kerajaan?

Jadi kenapa nak suruh petronas beli Sapura kalau swasta.? ooOO... nak selamatkan kroni?

Maybank syarikat glc, kwsp ialah dana awam yang diuruskan oleh kerajaan sama dengan PNB ( mudah nak faham, PNB itu ASB). Walaupun bukan 100% milik kerajaan, ianya menjadi kepentingan awam kerana pembelian saham itu dibeli melalui institusi dana awam bukan perseorangan atau syarikat swasta.

Kalau masih tak faham, nanti kalau dpt dividen asb 1% kerana kerugian pelaburan dalam sapura baru nkorang faham.

Ini belum lagi cerita kenapa pentingnya sapura dalam industri O&G, lagi la tak faham.

ermmm....

No comments:

Post a Comment