Friday, August 26, 2022

Najib ke dalam Jho Low sudah tidak penting?

Cerita yang disampaikan, satu kes dadah yang dibela oleh mendiang Karpal Sigh. Mendiang menang kes disebabkan oleh alat penimbang tidak dibuat penentukuran (calibaration). Salah nombor rumah, jam (pukul) kejadian, orang tidak kompeten, alibi dan pelbagai isu teknikal akan menjadi penentu hujahan kes.

Contoh kes dalam filem pink.

Filem Pink lakonan Amitabh Bachchan membosankan tapi ending filem ini begitu dramatik. Hanya dengan 1% Deepak Sehgal memenangi kes dengan perkataan NO NO NO. Penggulungan agak mudah, Kalau NO itu bermaksud nombor 4, warna merah, kereta, pokok bermakna apa yang cikgu ajar di sekolah salah dan dunia harus mengubah maksud NO.

No is No. No itu bermaksud tidak. Jadi kejadian memukul kepala anak ahli parlimen (Rajeev) adalah tindak balas normal apabila seseorang cuba untuk menyelamatkan diri.

Keputusan penghakiman nampak seperti betul dengan memenjarakan Rajeev kerana cubaan merogol Minal, tetapi alam perundangan bukan begitu. Hakim hanya perlu melepaskan Minal daripada tuduhan mencederakan Rajev kerana pendakwaan (prosiding) adalah tuduhan mencederakan kepala Rajeev bukan cubaan rogol. Kalau makamah mahu memberi hukuman kepada Rajev, Minal perlu membuat laporan polis (kerana jenayah) untuk pihak polis melakukan siasatan dan seterusnya dihadapakan ke makamah.

Oleh kerana ianya filem, ok je la. Jangan serius sangat.

Kes SRC.

Aku bersetuju dengan kenyataan Ketua Hakim Negara dalam menolak rayuan Najib. Ds Najib tidak pernah menolak akan ada kemasukan satu amaun ke dalam akuannya dan yang mana beliau sendiri yang membelanjakan duit tersebut (ini aku tambah).

Dari segi teknikal undang-undang, kemasukan duit dalam akaun Ds Najib adalah 90% (berat) dan peguambela beliau harus menolak elemen ini untuk memenangi kes. 

Kenapa peguambela Ds Najib tidak menolak kemasukan duit dalam akaun peribadinya?

Nama akaun dalam bank ialah sahih dan sukar dicabar ditambah Najib tidak pernah membuat sebarang pelaporan akan ada kemasukan duit. Malah dia yang membelanjakan duit tersebut. 

Keberadaan Joanna (pegawai AmBank) sebagai saksi pendakwa adalah untuk tujuan pengesahan bahawa nama pemilik akaun dan berapa amaun masuk dalam akaun tersebut. Ini untuk menguatkan hujah pendakwa siapa pemilik akaun yang menerima duit.

Seseorang hakim biasanya menjatuhkan hukuman atas sabitan satu kesalahan berdasarkan imbangan keberangkalian barulah hakim menjatuhkan hukuman.

Kenapa Jho Low dan Nik Faisal tidak dibawa walhal dia saksi utama dalam kes ini. 

Begini.

Pendakwa tidak membawa Nik Faisal dan Jho Low adalah kemungkinan ia akan melemahkan pendakwaan kerana jika benar ianya satu komplot menjatuhkan Ds Najib beberapa soalan boleh melemahkan kes. Mungkin sebab itu pemburuan mereka berdua tidak dibuat.

Contoh, jika duit itu berkisar dengan sumbangan politik bukan untuk kepentingan peribadi, soalan ini akan berkembang dan boleh dicabar. Jika peguambela Ds Najib boleh menekan mereka berdua dan mengaku bahawa ianya sumbangan politik kemungkinan keputusan makamah berbeza seperti hukuman sekarang.

Lihat dari lejar UKSB dimana ramai menteri mendapat sumbangan politik dari syarikat ini.

Ini bukan rumusan (submission), apa yang aku tulis adalah jika kita mahu (melihat arah ) bagi melemahkan prima faci bagi kes seperti ini.

Saya dinafikan, tidak mendapat "pembelaan" sewajarnya, term ini ialah bagi okt mendapat keadilaan sewajarnya dari makamah.

Kes Zahid Hamidi.

Tidak mengikuti prosiding pendakwaan beliau tapi dia ada membuat kenyataan bahawa duit tersebut bukan atas namanya tapi dalam akaun peguam yayasan Akalbudi dimana Ahmad Zahid menjadi penaung. Uniknya jika ianya syor yang dibuat oleh orang lain terutama jika ianya diluluskan oleh satu jawatankuasa maka sepatutnya penghujahan ini amat lemah.

Contoh.

Kebanyakkan agensi kerajaan atau glc ada unit yang memohon tajaan dan biasanya syarikat yang menaja sesuatu program itu mendapat kontrak kerja. Adakah itu tidak dianggap rasuah?.

Kedua, kenapa Vincent Tan sering mengekori Mahathir dan berapa banyak syarikat itu mendapat tender kerajaan atas nota "mohon dipertimbangkan".? masih sucikah Tun Mahathir?

Syed Saddiq ketika menjadi ketua Armada mengaku dengan bangga mendapat sumbangan dari Vincent Tan, ada komen?

Pendakwaan Syed Saddiq sekarang bukan kerana ianya sumbangan politik tapi kes duitnya hilang di rumah dan dia mengaku itu duitnya walaupun sepatutnya itu duit Armada. Armada ada memberi kenyataan bahawa itu duitnya, tapi kenapa Armada gagal untuk mendapatkan duitnya?

Duit itu duit gelap dan biasanya parti hanya mengistihyarkan sebahagian duit sumbangan kerana ia lebih fleksibel untuk digunakan.

Jadi bila Syed Saddiq mengaku itu duitnya dan bukan parti, itu yg kena dengan SPRM. Faham.?.

Di Malaysia sumbangan politik adalah normal malah parti yang dianggap suci pun menerima sekurang-kurang 5-10% dari projek. Siapa yang ada jawatan dalam parti dia tahu, jangan nafi.

Sekarang tidak kelihatan tin milo.

Cerita undang-undang seperti sembang sejarah atau matematik. Membosankan.

Tapi kita perlu tahu bagaimana undang-undang berjalan jangan asyik cerita curi setandan pisang dikenakan 2 tahun penjara lalu menyalahkan hakim. Sepatutnya sebagai rakyat kita perlu menggubal undang-undang lapuk atau tidak adil atas kesalahan seseorang pesalah. 

Kalau tidak silap aku, zaman Umar Al-Khattab. Jika rakyatnya mencuri untuk makan yang bersalah ialah beliau. 

No comments:

Post a Comment