Wednesday, August 24, 2022

Umno terkena TKO dari dalam

"Tahun ini merdeka awal atau inilah Selasa yang ditunggu-tunggu." Ia antara respon yg dilontarkan hatters umno terutamanya Najib.  Anggap sahaja politik ini sama seperti permainan bola sepak. Yang kalah kena bahan yang menang akan bersorak.

Malam semalam bermula kehidupan Najib di penjara Sg Buloh dan jika tidak ada pengampunan diraja dia akan meringkuk di Sg Buloh selama 12 tahun. Hukuman ini tidak termasuk dengan pendakwaan lain yang sedang berjalan, kalau disabitkan bersalah baki hidupnya hanya dalam tirai besi.


Benda simple, hatters umno kata parti ini bobrok 60 tahun ironinya dia julang bekas pemimpin umno. Personally la, aku tidak memfokuskan apa yg mereka kata, tapi lebih kepada emosi atau riak mereka. Sebab apa, mostly apa yang mereka cerita dah baca pun. Malah kadang² aku betulkan angka kalau mereka silap.

Tak baca laporan PAC tapi kupas macam dia membuat audit.

Contoh, bila aku tanya kat mana LHDN dapat angka $1.69 billion?. Kebanyakkan dari mereka tidak boleh jawab kalaupun boleh jawab, sejak bila duit rompakan dikenakan cukai? 

Ulasan.

Mungkin aku sedikit berbeza dengan sekeliling. Mereka suka menyampaikan sementara aku lebih suka mengulas.

Bila sebut ulasan, aku nak ulas sedikit kesan dari pemenjaraan Najib. Kekaburan jajaran politik sudah kelihatan berbanding berbulan lalu.

Aku jangkakan team presiden akan menarik sokongan kepada Ismail Sabri walaupun usul itu ditolak oleh kebanyakan ketua bahagian umno. Penarikan sokongan tidak bermakna Pak Mail akan jatuh dari jawatan, Pejuang dan Warisan akan mendokong demi melaksanaan agenda parti.

Jika ini berlaku tiada pru pada tahun ini. PH juga perlukan masa untuk membina momentum dan pada masa yang sama umno akan bertambah lemah akibat perpecahan dalaman.

Usul yang dipersetujui PAU ialah mengadakan pru secepat mungkin tapi sepertinya Ismail Sabri ingkar dengan suara akar umbi. Dia menggunakan kuasa vetonya untuk mengekalkan kuasa.

Ismail Sabri terlalu kecil untuk menarik umno untuk sujud di kaki Mahathir. Ahli umno biar mati berdiri dari hidup berlutut. Yang sanggup berlutut ini ialah pemimpin umno bukan ahli umno. Jadi kemungkinan team PM akan menyeberang dalam Pejuang tidak boleh ditolak.

PN + Pejuang + warisan.

Ini kemungkinan jajaran politik baru dan jika ianya berlaku maka umno akan banyak kehilangan kerusi berbanding pru14 yg lalu.

Contoh parlimen Padang Terap. Mahazhir Khalid tidak terlalu kuat tapi undi umno akan berkurang kesan dari penyokong Mahazhir disamping penambahan undi kepada Pas. 

Najib dipenjara.

Pemenjaraan Najib tidak memberi kesan simpati seperti Anwar dipenjarakan. Berbanding Anwar, sokongan pemimpin umno kepada Najib tidak lebih dari 10 jari. Jadi politik Najib sudah tamat.

Najib dianggap dinasour, namanya sudah hitam legam. Susah untuk dibersihkan. Kalau penerima BR1M sudah melupakan Najib apa nak diharap dengan gelombang simpati.

Politik is politic.

Kalau bukan kerana Mahathir skandal "SRC" akan kekal tersembunyi. Orang tidak ingat pun Mahathir juga yg memberhentikan pendakwaan Lim Guan Eng. Cuba kalau Najib yang berbuat demikian? Nak kata buruknya nama Najib sampai begitu sekali. Jadi bukan sahaja politik Najib sudah habis, pru15 umno bukan parti pilihan kerana selama ini pemimpin umno tidur atau seperti polong mencari tuan.

Agak² apa perangai orang yang menyimpan polong? Uniknya polong dianggap suci jika tuannya bukan berbinkan atau berbintikan umno. 

No comments:

Post a Comment