Saturday, August 20, 2022

Najib Terdesak

Najib tersedar realiti tidak seindah fantasi bila mana rayuannya untuk menolak penghakiman Hakim Nazlan tidak berjaya.

Najib orang besar tapi kini kuasa politik mengecut sehingga kerdil. Tanpa malu Najib mengakui dirinya sudah terdesak. Mungkin beliau sudah mengjangka dia tidak mampu mengelak daripada menghuni Sg Buloh.

Game politik, beginilah. Dalam prosiding Ahmad Zahid, saksi dari UKSB memetik beberapa nama menteri yang menerima sumbangan diantaranya Kj dan Hishamuddin.

Walaupun dalam lejar pembayaran UKSB tertera berpuluh ahli politik, pegawai kerajaan atau orang awam SPRM tidak menyiasat mereka walhal lejar itu dijadikan ekshibit. Kenapa hanya Ahmad Zahid menghadapi pertuduhan?.

Komen aku simple sahaja.

Jika Najib ke Sg Buloh kerana dia bersalah, Anwar juga alumni Sg Buloh kerana meliwat. Anwar meliwat atau tidak hakikatnya Anwar dipenjarakan kerana didapati bersalah kerana meliwat.

Konspirasi Mahathir atau makamah sudah dibeli?

Soalan aku kepada penyokong Anwar, kalau Mahathir boleh buat begitu, tidak mustahilkah ianya terjadi kepada Najib?

Dalam kepala rata-rata orang Najib rembat $6 billion. Sekalipun Najib curi duit dari projek LCS, kenapa kita harus tuduh sebanyak itu?

Berhati-hati bila bercakap, takut jadi fitnah. Aku rasa angka $6 billion itu diambil dari amaun pembayaran kerajaan kpd BNS. Baercakap mcm tak guna akal.

Akhir zaman pendusta akan menjadi pemerintah.  Orang kata itulah kerajaan Najib. Tapi bagaimna  kalau Rafizi sendiri mengaku, kita harus menghasut rakyat untuk membenci Najib. Apa itu hasut?

Kalaulah... Kalau....... Najib bercakap benar, bagaimana?

No comments:

Post a Comment